• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cameron Highlands Akan Diangkat Ke UNESCO

oleh
24/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MAJLIS Daerah Cameron Highlands (MDCH) sedang giat berusaha menjadikan pusat pelancongan tersebut sebagai tapak warisan dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Yang Dipertuanya, Datuk Zainal Md Amin berkata sasaran itu turut dimasukkan dalam Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands 2030 (Penggantian).

“Kajian rancangan tempatan daerah meliputi semua aspek pembangunan dan penjagaan alam sekitar seluruh Cameron Highlands, contohnya, apakah pola pembangunan yang akan kita laksanakan pada masa hadapan, apakah kawasan yang kita langsung tidak boleh sentuh di Cameron Highlands dan sebagainya,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama di MDCH, di sini hari ini.

Selain itu, katanya sejak 2015 MDCH menjalankan kajian bersama beberapa universiti terutama Universiti Teknologi Malaysia dalam mengenal pasti elemen sejarah dan warisan pelancongan yang terdapat di pusat peranginan terkenal itu.

Pengiktirafan oleh UNESCO akan menjadikan Cameron Highlands lebih dikenali di peringkat antarabangsa dan seterusnya meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke sini, katanya.

Bagaimanapun, Zainal berkata ia akan mengambil masa beberapa tahun sebelum hasrat tersebut dapat direalisasikan memandangkan pelbagai proses dan prosedur perlu dilalui.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu jumlah kedatangan pelancong ke Cameron Highlands menunjukkan peningkatan setiap tahun.

Katanya pada 2016 jumlah kedatangan pelancong sebanyak 1.01 juta orang, pada tahun 2017 (1.33 juta orang) dan pada 2018 (1.44 juta orang), yang daripada setiap jumlah tersebut, 35 peratus adalah pelancong luar negara.

“Pada tahun 2017 pelancong Jepun adalah yang teramai datang ke Cameron Highlands, diikuti Singapura, Thailand, Arab Saudi dan United Kingdom.

“Pada 2018, pelancong Singapura adalah yang paling tinggi ke Cameron Highlands, diikuti China, Belanda, Jepun dan Arab Saudi,” katanya. – BERNAMA

Tags: Cameron HighlandsUNESCO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

Melaka Mohon Semula Bangunkan Kawasan Tambakan Laut Bawah UNESCO

09/07/2024
0

Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan...

Isu Kampung Baru Cina Warisan UNESCO Perlu Dibincang Di Kabinet, Parlimen

Isu Kampung Baru Cina Warisan UNESCO Perlu Dibincang Di Kabinet, Parlimen

10/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Cadangan menjadikan kampung baru Cina di Selangor sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd