• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi Hampir Mati Tertelan Jarum

oleh
14/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan hampir maut selepas tertelan jarum jahit sepanjang empat sentimeter yang ditinggalkan ibunya.

Kanak-kanak itu diselamatkan selepas menjalani pembedahan selama dua jam untuk mengeluarkan jarum itu yang tercucuk di tekak hingga menembusi ke paru-parunya.

KanKan News melaporkan, kejadian berlaku apabila ibu kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Li menjahit baju di rumahnya dan membiarkan kotak jahitan di atas meja.

Kanak-kanak itu mencapai kotak berkenaan dan menarik satu jarum sebelum memasukkan objek itu ke dalam mulutnya.

Wanita itu berjaya mengeluarkan dua jarum di dalam mulut anaknya tetapi satu lagi jarum didapati hilang.

JARUM jahitan yang dikeluarkan selepas pembedahan selama dua jam. – Foto Agensi

Dia segera memberitahu suaminya dan terus membawa kanak-kanak itu ke hospital.

Bagaimanapun, doktor di hospital itu gagal mengeluarkan jarum berkenaan dan enggan melakukan pembedahan kerana ia terlalu berisiko.

Pasangan itu pergi ke beberapa hospital lain tetapi jawapan yang diterima adalah sama sebelum mereka mendapatkan rawatan di Hospital Kanak-Kanak Nanjing dua hari kemudian.

“Jarum itu tersangkut di bahagian kiri tekak dan menembusi dinding hingga tercucuk paru-parunya,” kata seorang doktor pakar, Dr. Zhao De Yu.

Katanya, pembedahan itu sangat berisiko tetapi kanak-kanak itu mungkin mati sekiranya jarum berkenaan tidak dikeluarkan segera.

Selepas menjalani pembedahan selama dua jam, doktor akhirnya berjaya mengeluarkan jarum berkenaan.

Kanak-kanak itu bernafas menggunakan bantuan mesin tetapi akan dipindahkan ke wad biasa tidak lama lagi. – Agensi

Tags: bayiChinaJARUM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd