Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

TRX & Bandar Malaysia...

JOHOR BAHRU - Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Arul Kanda Kandasamy...

TV9 Terbit Rancangan Running...

SALURAN TV9 bakal menerbitkan sebuah program realiti sendiri berinspirasikan Running Man yang popular di...

ASEAN Akan Main Peranan...

KUALA LUMPUR - ASEAN, dengan gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) mencecah US$4...

Beruang Kutub Dirakam Sebelum...

INI mungkin antara salah satu rakaman video paling tragis dan menyayat hati yang...

Bapa Tertipu Selama 21 Tahun, 3 Anaknya Ada Bapa Kandung Lain

SEORANG bapa tidak tahu bahawa selama ini dirinya bukan bapa kandung kepada tiga anaknya.

Richard Mason, 55, terkejut apabila mendapat tahu selama tempoh 21 tahun, dia ditipu oleh isterinya dan anak-anaknya mempunyai bapa kandung lain.

Dia telah membuat ujian DNA tiga tahun lalu selepas doktor memberitahu dia menghidap fibrosis sista (gangguan genetik), yang menyebabkan dia tidak subur sepanjang hayat.

Bekas isterinya, Mrs. Mason mengaku mempunyai hubungan dengan lelaki lain melalui teks.

“Walau apa pun yang kamu fikir saya sangat simpati kerana membuatkan kamu mengalami pergolakan emosi,” tulisnya.

Mason yang merupakan pengasas bersama MoneySupermarket.com berasa tidak puas hati dirinya ditipu dan memutuskan untuk memfailkan saman atas dakwaan penipuan.

Dia bersetuju menerima £250,000 daripada bekas isterinya hasil penyelesaian luar mahkamah yang mana jumlah itu adalah sebahagian daripada ganti rugi £4 juta yang dituntut dalam perjanjian perceraian pada 2006.

Pengasas bersama Moneysupermarket.com, Richard Mason dengan isteri baru Emma Louise Jones Mason. – Foto Facebook

Dia memberitahu The Mail pada Ahad: “Anda tak tahu apa yang sebenarnya dan apa yang tidak – seolah-olah saya tinggal di The Matrix. Ada yang kata pada anda, “Apa yang awak tahu dan semua yang awak fikirkan kukuh dan benar adalah tidak betul dan tak pernah wujud. Anda bukan seorang bapa, anda tak mampu dapat zuriat, nama anda tak dapat diwarisi.”


Mason, dari Rhos, Wales Utara, tidak lagi berjumpa dengan dua anaknya yang berhenti menghubunginya.

Dia mempunyai anak kembar lelaki, berumur 19 tahun, dan seorang lagi anak lelaki, 23, yang tidak memberikan sampel untuk ujian DNA.

Mason menambah: “Saya masih melihat apa yang dilakukan oleh mereka di Facebook dan perasaan itu sangat menyayat hati. Saya hilang semuanya,” katanya.

Mrs. Mason tidak diminta untuk menamakan bapa biologi anaknya semasa prosiding mahkamah dan dia tidak mendedahkan sama ada lelaki itu tahu dia adalah bapa kepada anak-anaknya.

Mason bagaimanapun telah menemui cinta baharu, Emma, dan wanita itu sudah menjadi isterinya. – MetroUK

Kategori