• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arab Saudi Keluar 2.78 Juta Visa Umrah

oleh
13/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEDDAH – Jumlah visa umrah dikeluarkan tahun ini mencecah 2,785,790, dengan 2,346,429 jemaah sudah tiba di negara pentadbiran diraja berkenaan, menurut data disediakan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Ada 345,114 jemaah direkodkan berada di pentadbiran diraja itu dengan 233,910 berada di Makkah manakala 111,204 lagi di Madinah, menurut laporan Arab News.

Majoriti jemaah, berjumlah 2,122,424 datang ke Arab Saudi menerusi perjalanan udara, sementara 213,121 memasukinya menerusi jalan darat dan 10,884 tiba melalui jalan laut.

Jumlah terbesar jemaah adalah dari Pakistan (637,745) diikuti Indonesia (420,410), India (292,607), Malaysia (135,895), Yaman (128,618), Mesir (73,179), Turki (65,970), Emiriah Arab Bersatu (UAE) (59,855) dan Bangladesh (57,701).

Rancangan pembaharuan Wawasan 2030 menyasarkan untuk menarik lebih 30 juta jemaah umrah serta menyediakan mereka dengan perkhidmatan cemerlang dan pengalaman luar biasa.

Tahun lalu, kementerian berkenaan melancarkan petunjuk mingguan bagi membolehkan pihak berkuasa mengesan jumlah jemaah yang datang ke Arab Saudi dan memberi mereka pengalaman menikmati perkhidmatan berkualiti. – Agensi

Tags: Arab SaudiMakkahvisa umrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Prasyarat Baharu Visa Haji 2026

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi menetapkan bayaran dam sebagai prasyarat baharu bagi proses pengeluaran visa haji kepada jemaah yang melaksanakan...

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

Tiga Individu Ditahan Di Makkah Atas Penipuan Haji

18/05/2025
0

MAKKAH - Peronda keselamatan di Makkah telah menahan tiga pemastautin Indonesia kerana disyaki mendalangi satu skim penipuan di media sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd