• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amaran Jakim: Denda RM5 Juta Jika Eksploit Logo Halal

oleh
12/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGAS… Mana-mana organisasi atau entiti perniagaan yang didapati cuba kelirukan pengguna Islam dengan status halal boleh didenda sehingga RM5 juta jika melibatkan kesalahan pertama.

Demikian amaran tegas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dan berkata, hukuman itu berpandukan undang-undang Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011.

“Sekiranya kesalahan dilakukan oleh bukan pertubuhan perbadanan, mereka boleh didenda tidak lebih daripada RM1 juta atau dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

“Peniaga dan pengusaha seharusnya mempunyai sensitiviti tinggi untuk membangun perusahaan dalam memenuhi keperluan pengguna Islam dan bukan Islam di negara ini.

“Manakala para pengguna pula hendaklah memilih hanya premis yang mempunyai sijil halal yang diyakini sah sahaja,” kata Mohamad Nordin dalam satu kenyataan jabatan tersebut di Putrajaya hari ini.

Pada masa sama, beliau menjelaskan, Sijil Pengesahan Halal Malaysia adalah bersifat sukarela dan bukan suatu kewajipan berpandukan Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan (Takrif Halal) 2011.

Mohamad Nordin menambah, setakat ini tiada peraturan yang mewajibkan mana-mana syarikat untuk mendapatkan SPHM daripada Jakim, jabatan agama Islam negeri atau majlis agama Islam Negeri.

“Cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal kepada semua premis makanan memerlukan pandangan pelbagai pihak. Oleh itu, Jakim menasihatkan kepada semua pengusaha restoran dan pengeluar produk makanan.

“Mereka perlu mendapatkan sijil halal bagi memastikan jaminan halal dan kualiti makanan disediakan di samping meningkatkan keyakinan pengguna terutama masyarakat Islam,” kata Mohamad Nordin lagi.

Beliau memaklumkan, pihaknya ambil maklum cadangan Presiden Persatuan Pengusaha Makanan Melayu Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor (Permas), Ayob Abd. Majid agar semua pengusaha restoran wajib memiliki sijil halal sebelum dibenar beroperasi. – Agensi/Mynewshub.TV

* Video berikut sekadar hiasan…

Tags: Halal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ikan Belacak Halal Dimakan

13/06/2022
0

PUTRAJAYA : Ikan belacak atau dikenali ikan tembakul halal dimakan kerana ia dalam kategori haiwan air. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Itu penjelasan...

Suruhanjaya Patuh Syariah Untuk Kawal Selia Ekonomi Halal

30/05/2022
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru agar kawal selia lebih komprehensif melibatkan ekonomi halal boleh disatukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd