• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksi Ghairah Di Kolam Gemparkan Netizen

oleh
09/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Gambar dua individu dipercayai lelaki dan wanita sedang mandi sambil berpelukan dalam keadaan bogel di kolam air pancut di Jalan Gaya di sini yang viral di laman sosial, menimbulkan kemarahan netizen.

Gambar berkenaan dipercayai dirakam pada lewat malam berikutan kelihatan banyak kedai di kawasan itu sudah tutup, namun tidak dapat dipastikan bila ia dirakamkan.

Berikutan itu, gambar terbabit mendapat pelbagai komen netizen, kebanyakannya berpendapat kejadian seumpama itu tidak seharusnya berlaku kerana mencemarkan imej bandar raya ini sebagai destinasi percutian pelancong.

Tidak dapat dipastikan juga sama ada pelaku dalam video berkenaan adalah pelancong asing atau warga tempatan.

Pengarah Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Lizawana Matin, ketika dihubungi berkata pihaknya belum menerima sebarang aduan atau laporan berkaitan gambar terbabit.

Bagaimanapun, katanya, DBKK memandang serius perkara itu dan akan mengambil tindakan tegas bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

“Kita akan berbincang mengenai perkara ini dan mungkin antara inisiatif yang boleh diambil adalah membuat pemantauan lebih kerap di bandar raya terutama lokasi terbabit.

“Selain itu, DBKK akan memasang papan tanda ‘dilarang mandi’ di kawasan itu supaya orang awam terutama pelancong lebih peka dan tidak mandi di kolam berkenaan.

“Sekiranya masih ada individu yang berdegil dan ditangkap, mereka boleh didakwa kerana melanggar peraturan,” katanya.

Lizawana juga menasihatkan orang awam supaya menggunakan kemudahan awam dengan betul dan tidak mandi di tempat yang menjadi tumpuan awam.

“Ini termasuk kolam air pancut, kolam hiasan dan kawasan terbuka lain sekitar bandar raya.

“Kelakuan seumpama ini pastinya boleh mengundang ketidakselesaan kepada warga bandar raya selain memberi tanggapan kurang baik dalam kalangan pelancong asing lain,” katanya. – BH Online

Tags: AksibogelghairahSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

Ahli Parlimen Hulu Langat Nafi Tak Hirau Mangsa Banjir Kawasannya, Sibuk Berkaraoke Di Sabah

Ahli Parlimen Hulu Langat Nafi Tak Hirau Mangsa Banjir Kawasannya, Sibuk Berkaraoke Di Sabah

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menafikan tohmahan beberapa pihak menuduhnya tidak mengambil berat nasib penduduk di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd