Saturday, July 13, 2024

Creating liberating content

Adele Sendawa Ketika Sedang...

PENYANYI bersuara emas, Adela, mengalami pengalaman yang memalukan apabila dia sendawa ketika sedang berselfie...

Terengganu Dahului 22 Peratus...

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaporkan peratusan keluar mengundi dalam Pilihan Raya (PRN)...

Azalina Sah Letak Jawatan...

PUTRAJAYA – Datuk Seri Azalina Othman telah menyerahkan surat peletakan jawatan beliau sebagai...

Kerana RM23, Seorang Wanita...

New Castle – Hanya kerana tambang teksi sebanyak RM23, seorang wanita koma hampir...

Abdul Yazid Dilantik CEO MRT Mulai 1 Februari

PUTRAJAYA – Abdul Yazid Kassim dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) bermula 1 Februari 2019.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Abdul Yazid berpengalaman luas dalam pengurusan projek serta kontrak pembinaan dan kejuruteraan.

Guan Eng berkata, antara tanggungjawab utama Abdul Yazid termasuk mengurus projek Laluan Transit Aliran Massa Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (MRT2) supaya ia dapat dilaksanakan mengikut kos dan jangka masa yang ditetapkan.

“Pelantikan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu ini diyakini dapat mempertingkat prestasi dan kecekapan MRT Corp,” katanya.

Jawatan yang pernah disandang oleh beliau termasuk Pengarah Projek Malakoff Corporation Bhd. dan Ketua Pejabat Pengurusan Projek di Zelan Bhd., kata Guan Eng.


“Beliau juga pernah bekerja selama 10 tahun di luar negara sebagai Ketua Pembinaan di syarikat Qatar Petroleum,” katanya.

Abdul Yazid merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan University of Manchester Institute of Science and Technology (UMIST), United Kingdom selain memiliki Ijazah Sarjana Kejuruteraan University of Warwick, United Kingdom. – BERNAMA

Kategori