• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujud Sejuta Peluang Kerja Bukan Janji Kosong

oleh Ahmad Albab
04/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Manifesto Pakatan Harapan untuk mewujudkan satu juta peluang pekerjaan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang lalu bukan hanya janji kosong kerana ia akan tetap dilaksanakan.

Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran berkata kerajaan mampu mencapai angka satu juta peluang pekerjaan namun negara pada masa ini menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja.

“Masalahnya bukan pada angka itu atau adanya pekerjaan yang menjadi masalah ialah guna tenaga penuh dengan peratusan tidak bekerja hanya 3.4 peratus, berlaku kekurangan tenaga kerja, usaha-usaha sedang dibuat supaya kita dapat lebih banyak tenaga kerja yang boleh tingkat pendapatan negara ini.

“Meningkatkan gaji minima kepada RM1,500 adalah dasar kerajaan ia semestinya boleh dicapai dalam tempoh lima tahun, usaha pertama telah dimulakan dengan meningkatkan gaji minima daripada RM1,000 kepada RM1,100 yang akan dilaksanakan pada 1 Jan 2019,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) sama ada kerajaan akan melaksanakan janji mewujudkan sejuta peluang pekerjaan dengan gaji sekurang-kurangnya-kurangnya RM2,500 yang terkandung dalam manifesto PH.

Dalam perkembangan lain, Kula Segaran berkata berdasarkan Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar pengangguran suku ketiga 2018 mencatatkan kadar 3.4 peratus, tidak berubah berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Senario kadar pengangguran di bawah 4.0 peratus ini menunjukkan negara berada pada tahap guna tenaga penuh,” katanya.

Menurut beliau, kadar pengangguran graduan pada 2017 adalah sebanyak 137,400, meningkat 4.4 peratus berbanding 131,600 pada tahun 2016.

“Golongan ini yang berada dalam proses transisi daripada alam pembelajaran kepada pasaran pekerjaan juga akan melalui proses untuk mendapatkan pekerjaan.

“Di antara program yang dilaksanakan bagi menangani perkara ini ialah menaik taraf sistem portal pekerjaan JobsMalaysia sebagai projek pembangunan kementerian di bawah Rancangan Malaysia Ke-11; Program Penempatan Pekerjaan (3P) antaranya karnival kerjaya, temu duga terbuka dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, Kula Segaran berkata berdasarkan laporan pemberhentian oleh majikan yang diterima oleh Jabatan Tenaga Kerja dari 1 Januari hingga 30 September lalu, seramai 15,903 orang telah dihentikan kerja dalam tempoh itu.

Jumlah ini adalah lebih rendah berbanding tempoh yang sama pada tahun 2017 iaitu seramai 31,945 pekerja diberhentikan, katanya.

Beliau menjawab soalan asal Ahmad Zahid berhubung langkah kerajaan bagi mengatasi masalah pengangguran terutama kalangan lepasan universiti dan langkah yang diambil kementerian bagi mengatasi masalah pemberhentian pekerja oleh syarikat-syarikat GLC dan pihak swasta. – BERNAMA

Tags: Menteripeluang pekerjaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Sasar KDNK RM260 Bilion Menjelang Tahun 2030 – MB Onn Hafiz

Johor Sasar KDNK RM260 Bilion Menjelang Tahun 2030 – MB Onn Hafiz

23/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor menyasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri ini mencecah RM260 bilion menjelang tahun 2030 menerusi...

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaburan diluluskan berjumlah RM92.8 bilion pada suku pertama tahun 2026 melibatkan 1,249 projek merentasi sektor perkhidmatan, perkilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd