• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Indonesia Sah Mati Akibat Rabies Di Kuching

oleh
19/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa seorang warga Indonesia telah meninggal dunia akibat wabak rabies di sebuah hospital swasta di Kuching, Sarawak semalam dan pesakit tidak dijangkiti di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata wanita berusia 69 tahun itu telah digigit anjing peliharaannya pada bahagian kaki kirinya, September lepas di Indonesia dan telah mendapatkan rawatan di sana.

“Namun keadaan pesakit bertambah teruk dan kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta di Kuching dan dirawat di Unit Rawatan Rapi.

“Malangnya beliau telah meninggal dunia pada 17 Dis dan keputusan ujian makmal yang diterima pada 18 Dis adalah positif rabies,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, portal Utusan Borneo Online melaporkan bahawa seorang mangsa rabies Indonesia mati di Kuching setelah digigit anjing peliharaanya kira-kira tiga bulan lepas.

Dr Noor Hisham berkata kes disahkan rabies ini tidak termasuk dalam statistik kes di Malaysia kerana pesakit digigit di Indonesia.

Justeru, katanya kes rabies di Sarawak sejak pengisytiharan wabak tersebut pada 1 Julai 2017 kekal 16 orang termasuk 15 kematian dengan kes terakhir adalah pada 10 Dis lepas.

Tambahnya notifikasi kes ini telah dibuat kepada Kementerian Kesihatan Indonesia melalui International Health Regulations (IHR) Focal Point Malaysia-Indonesia dan KKM akan bekerjasama dengan​​​​​​ kerajaan negeri Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan pihak berkuasa Indonesia untuk mengawal rabies dalam kalangan anjing khususnya di sempadan. – BERNAMA

Tags: Rabies
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rabies: Perhilitan Tangkap Kelawar Pemakan Buah

10/05/2022
0

PUTRAJAYA: Sekumpulan tiga spesies kelawar pemakan buah ditangkap dalam program survelan khas penyakit rabies di Seri Kembangan, Selangor dekat sini...

Selangor Tiada Peruntukan Khas Tangani Rabies

11/04/2022
0

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor tidak mempunyai peruntukan khas untuk menangani penyakit rabies kerana ia bukan bersifat endemik seperti demam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd