• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Asing Antara 70 Individu Dicekup Kerana Dadah

oleh Ahmad Albab
22/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Kota Kinabalu menahan 70 individu dipercayai terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah di sekitar Kota Kinabalu sepanjang tempoh operasi yang dijalankan selama 11 hari bermula pada 8 Dis lalu.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata daripada jumlah itu, 54 orang merupakan warga tempatan manakala 16 orang lagi warga asing yang berumur antara 17 hingga 48 tahun.

“Hasil daripada tangkapan itu, polis turut merampas 17.86 gram dadah jenis syabu dan 19.40 gram ganja yang dianggarkan bernilai RM3,455,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, seramai 15 individu ditahan dalam operasi cegah jenayah yang dijalankan di tujuh lokasi di daerah ini yang dijalankan sejak jam 5 petang hingga 2 pagi Sabtu.

Habibi berkata mereka yang berumur antara 17 hingga 54 tahun itu termasuk lima pendatang asing tanpa izin terlibat dengan pelbagai aktiviti jenayah.

Beliau berkata operasi itu dibantu oleh agensi yang berkaitan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu(DBKK). – BERNAMA

Tags: kes dadahwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd