• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Saman Hilton RM400 Juta Kerana Video Lucah

oleh Ahmad Albab
06/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Seorang wanita dari Chicago mengemukakan saman terhadap Hilton Worldwide (Hilton) dan menuntut pampasan sebanyak AS$100 juta (RM414.5 juta), kerana dakwa kamera tersembunyi berjaya rakam imejnya yang sedang mandi dalam keadaan bogel.

Imej rakaman itu yang turut tertera identitinya kemudiannya dimuat naik ke beberapa laman web lucah oleh tetamu hotel berkenaan.

Plaintif yang tidak didedahkan namanya itu menyaman gergasi bidang perhotelan atas kecuaian hingga mengakibatkan ‘kecederaan psikologi yang teruk dan kekal’, selain penderitaan dari segi mental, emosi dan kerosakan lain, antaranya kehilangan pendapatan dan kos perubatan.

Wanita itu dilaporkan menginap di hotel Hampton Inn and Suites di Albany, New York pada Julai 2015 ketika mengambil peperiksaan undang-undang, selepas menamatkan pengajian di sekolah perundangan.

Mengikut tuntutan mahkamah setebal 19 muka surat, wanita itu dirakamkan kamera tersembunyi dalam keadaan bogel ketika sedang mandi.

Bagaimanapun, beliau mengabaikan kejadian berkenaan sehinggalah pada September lalu, iaitu lebih tiga tahun selepas insiden itu berlaku, apabila menerima e-mel yang mengatakan ‘adakah ini awak’ beserta pautan ke laman web lucah yang diterbitkan lengkap dengan nama penuhnya.

Berikutan itu, beliau menerima e-mel ancaman dari orang yang sama menghantar e-mel pertama dan individu itu mendakwa mengetahui syarikat lokasi dia bekerja serta universiti, iaitu tempatnya menamatkan pengajian.

Apabila ancaman itu tidak diendahkan, video berkenaan mula dimuat naik ke laman web lucah lain.

Malah, rakan sekerjanya, teman rapat dan bekas pelajar sekelasnya turut menerima video itu dalam versi baru yang dihantar mereka alamat e-mel palsu menggunakan nama wanita itu.

Menurut tuntutan itu, individu yang memeras ugut itu kemudiannya, menuntut bayaran sebanyak AS$2,000 (RM8,290) diikuti dengan bayaran bulanan sebanyak AS$1,000 (RM4,145) selama setahun, selain mendakwa turut merakamkan imej tetamu lain yang menginap di bilik yang sama di Hampton Inn.

“Kami amat mengambil berat aspek keselamatan dan kesejahteraan tetamu kami dan mendapati butiran maklumat yang dinyatakan dalam tuntutan sivil itu amat menyedihkan,” kata jurucakap Hilton, iaitu syarikat induk Hampton Inn. – AFP/BH ONLINE

Tags: Hiltonvideo lucah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Pesawat Tentera Amerika Syarikat Terhempas Di Jepun

Next Post

Cuma 1 PPS Di Terengganu, Paras Sungai Mula Turun

Related Posts

Warga AS Mengaku Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak, Video Lucah

Warga AS Mengaku Miliki Bahan Pornografi Kanak-Kanak, Video Lucah

06/05/2024
0

Langkawi : Lelaki warga Amerika Syarikat (AS) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki bahan...

Akauntan Antara 6 Wanita Dikait Dengan ‘Hot Daddy’ Didakwa Miliki Video Lucah

Akauntan Antara 6 Wanita Dikait Dengan ‘Hot Daddy’ Didakwa Miliki Video Lucah

31/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Enam wanita termasuk seorang akauntan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki video lucah...

Next Post

Cuma 1 PPS Di Terengganu, Paras Sungai Mula Turun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd