• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Perlukan Kepimpinan Berprinsip Dan Bermoral Untuk Pulih

oleh
14/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dalam usaha untuk merawat, memulih dan membangunkan semula parti, UMNO memerlukan kepimpinan yang berprinsip dan bermoral, kata Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata UMNO akan terus lemah tanpa pemimpin berprinsip dan mempunyai wibawa moral yang utuh.

“Ia hanya akan kembali pulih jika kita boleh mencari pemimpin yang percaya bahawa berpegang kepada prinsip adalah perjuangan yang sebenar-benar perjuangan. Telah tiba masanya kita mencari mereka yang yakin dengan ideologi UMNO yang hakiki iaitu memperjuangkan politik pertengahan yang akan membuahkan kebaikan kepada bangsa Melayu tanpa mengabaikan kepentingan rakyat Malaysia yang lain.

“Hanya mereka yang percaya dengan prinsip ini, meyakini ideologi ini, dan menjiwai pemikiran ini, akan mampu memberikan kepimpinan berwibawa untuk bangsa Melayu dan Malaysia yang berkemajuan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kenyataan ini dikeluarkan selepas UMNO kehilangan enam anggota Parlimennya yang dilaporkan telah mengumumkan keluar daripada parti hari ini.

Mohamad berkata tindakan kesemua anggota Parlimen UMNO itu adalah sangat menyedihkan.

“Tetapi inilah politik… masing-masing ada perhitungan dan rancangan sendiri dan kita harus menghormatinya. Tiada paksaan dalam sebarang perjuangan dan kesetiaan bukan sesuatu yang kita boleh tuntut daripada sesiapa pun.

“Tetapi sesuatu yang mesti ada dalam perjuangan ialah prinsip. Perjuangan tanpa prinsip ialah perjuangan yang rapuh dan pasti tidak berkelangsungan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mohamad Hasan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Top Glove Nafi Dakwaan Buruh Paksa

Next Post

Pihak Terlibat Yakin Dapat Capai Penyelesaian Isu Kuil Sri Maha Mariamman

Related Posts

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

Mohamad Ketuai Delegasi Ke Persidangan Peringkat Tinggi Berkenaan Gaza Di Jordan

09/06/2024
0

PUTRAJAYA : Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Persidangan Peringkat Tinggi "Panggilan Untuk Bertindak: Respons...

Pembantu Am, Ejen Insurans Rugi Lebih RM400,000

PLKN Akan Dilaksanakan Semula – Mohamad

09/10/2023
0

PETALING JAYA : Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dimansuhkan pada 2018 akan dilaksanaan semula tetapi menggunakan kaedah latihan berbeza...

Next Post

Pihak Terlibat Yakin Dapat Capai Penyelesaian Isu Kuil Sri Maha Mariamman

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd