• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tsunami Indonesia: Malaysia Sedia Hulur Bantuan Mencari & Menyelamat

oleh Cj Mnh
24/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia sentiasa bersedia menghulurkan bantuan terutamanya aktiviti mencari dan menyelamat mangsa dalam kejadian tsunami yang berlaku di Selat Sunda, Indonesia, pada Sabtu lepas, kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Nadma dalam satu kenyataan hari ini berkata agensi itu melalui Pusat Kawalan Bencana Negara dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) memantau kejadian itu melalui Badan Penanggulangan Bencana Indonesia (BNPB), ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) dan UN Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (UNOCHA).

Menurut Wisma Putra, Indonesia masih belum membuka ruang untuk bantuan antarabangsa kerana berpandangan respons masih memadai dengan kapasiti dalaman negara dan skala kejadian tsunami ini masih boleh diuruskan oleh BNPB dan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS), kata Nadma.

Menurut Kedutaan Malaysia di Jakarta pula, skala tsunami itu kecil berbanding kejadian yang telah berlaku di Lombok dan Palu.

“Pihak kedutaan akan berbincang dengan Kementerian Luar Indonesia berkaitan bantuan yang boleh dihulurkan Malaysia,” kata Nadma yang turut menzahirkan rasa simpati kerajaan Malaysia terhadap kejadian tsunami yang berlaku di Selat Sunda itu.

Nadma berkata berdasarkan kepada Standby Arrangement Plan, Malaysia sentiasa bersedia menghulurkan bantuan terutamanya dalam aktiviti mencari dan menyelamat, yang mana Pasukan SMART Nadma merupakan Pasukan USAR utama bertaraf International Search and Rescue Advisory Group di ASEAN.

Menurut kenyataan Nadma itu, berdasarkan laporan BNPB, letusan gunung berapi Anak Krakatau di Teluk Sunda telah mencetuskan tsunami yang membadai pantai peranginan di antara kepulauan Sumatera dan Jawa, menyebabkan ratusan penduduk maut dan cedera, sebahagian lagi masih hilang.

Antara kawasan-kawasan yang terkesan adalah Pantai Tanjung Lesung, Pantai Sumur, Pantai Teluk Lada, Pantai Panimbang dan Pantai Carita.

Sehingga 10 malam semalam, 222 dilaporkan maut, 843 lagi cedera dan 28 orang masih hilang.

Semalam, Wisma Putra berkata tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung dalam kejadian tsunami di Indonesia itu. – BERNAMA

Tags: NADMATsunami
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Banjir 5 Negeri Semakin Serius, Mangsa Dipindahkan Kini 8,895 Orang

Banjir 5 Negeri Semakin Serius, Mangsa Dipindahkan Kini 8,895 Orang

23/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir membabitkan lima negeri terus meningkat kepada 8,895 orang yang membabitkan 3,162 keluarga. Semua mangsa kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd