• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tomok Rela Diekori Kamera Demi Peminat

oleh
26/12/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi Tomok mewujudkan saluran YouTube sendiri sejak dua minggu lalu bagi berkongsi kehidupan peribadi dan kerjaya demi peminat.

Mendapat inspirasi daripada selebriti antarabangsa yang menggunakan pendekatan sama, Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail turut berkongsi sisi berbeza dirinya yang tidak diketahui ramai.

“Saluran YouTube itu bukan saja memaparkan kisah di sebalik tabir kerjaya, namun cerita peribadi bersama keluarga.

“Saya diikuti kamera ke mana-mana sahaja demi berkongsi aktiviti dengan peminat,” katanya kepada BH Online.

Tomok berkata, antara yang bakal dipaparkan dalam saluran itu adalah aktiviti memasak dengan isterinya.

“Disebabkan saya dan isteri memutuskan tidak mahu membuka akaun Instagram anak-anak, jadi saluran ini sedikit sebanyak dapat memenuhi kehendak peminat dan mengubat rindu mereka.

“Saya berharap segala persoalan peminat akan terjawab di sebalik kamera peribadi ini,” katanya.

Mempunyai tenaga produksi kecil untuk saluran YouTube itu, Tomok menjelaskan, dia menyediakan modal bagi membeli kelengkapan diperlukan dalam projek berkenaan.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Tomok masih mempromosikan single terbaru berjudul Bekas Kekasih ciptaan Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

Sejak dilancarkan pada 7 November lalu, video muzik Bekas Kekasih meraih lebih sejuta tontonan. – BH Online

Tags: Tomok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya 10 Hari, Konsert Didi & Friends Kutip RM1.4 Juta!

21/03/2018
0

KARTUN animasi Didi & Friends telah melakar sejarah selepas tayangan Konsert Hora Horey Didi & Friends berjaya mencatat rekod pecah panggung...

“Ramai BBNU, Tapi Yang Ada Kualiti Boleh Dikira” – Tomok

01/03/2018
0

TIDAK dapat dinafikan, industri muzik negara kini meriah dengan kehadiran penyanyi-penyanyi baharu yang muncul pada masa yang sama. Penyanyi-penyanyi seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd