• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Subsidiari Scomi Group Mohon Pengurusan Kehakiman

oleh
08/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga anak syarikat Scomi Group Bhd telah memohon pengurusan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menjadi sebahagian daripada langkah penyusunan semula kewangannya.

Syarikat terbabit adalah Scomi Engineering Bhd, Scomi Rail Bhd dan Scomi Transit Project Brazil (Sao Paulo) Sdn Bhd dan langkah penyusunan semula itu bertujuan memperkukuh kedudukan syarikat berkenaan.

“Pengurusan kehakiman itu merupakan mekanisme penyelamat korporat mengikut Akta Syarikat 2016 yang memberi kerangka rehabilitatif untuk syarikat-syarikat yang mengalami kemelut kewangan, dipulihkan semula.

“Ia akan memberi perlindungan sementara kepada syarikat itu daripada sebarang prosiding undang-undang (difailkan) oleh pihak ketiga ketika ia sedang menjalani usaha rehabilitatif tersebut,” katanya.

Scomi mencatatkan kerugian bersih RM27.91 juta bagi tempoh suku kedua berakhir 30 Sept, 2018 manakala kerugian bersihnya setakat tahun ini mencecah RM53.52 juta.

“Permohonan pengurusan kehakiman oleh tiga syarikat itu telah dibuat demi pihak berkepentingannya dengan matlamat untuk menyelamatkan syarikat itu.

“Kumpulan ini percaya langkah itu akan membolehkan usaha rehabilitatif dipertimbang dengan matlamat untuk memperkukuh keupayaan syarikat tersebut di bawah pengurusan kehakiman bagi menyelesaikan semua proses semasa serta melaksanakan komitmen berkontrak kepada para pelanggan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Scomi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd