• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Dibunuh, Tidak Puas Hati Dimarahi Isteri

oleh Ahmad Albab
25/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Gara-gara tidak berpuas hati akibat dimarahi isteri, dipercayai motif seorang lelaki nekad bunuh seorang lelaki warga Bangladesh sebelum buang mayatnya ke dalam Sungai Kinta, Kampung Gajah, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohamad Zainal Abdullah berkata pada hari kejadian, suspek yang berumur 21 tahun memberitahu isterinya beliau telah keluar makan bersama mangsa yang juga pekerja di ladang lembu milik keluarganya di Kampar.

Mohamad Zainal berkata bagaimanapun mangsa menafikan perkara itu apabila ditanya oleh isteri suspek.

“Suspek tidak berpuas hati dengan mangsa kerana menyebabkan dia dimarahi isterinya dan isu tersebut melarat sehingga suspek nekad membunuh mangsa sebelum dibuang ke dalam sungai,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Zainal berkata hasil risikan dan siasatan, pihak polis menahan suspek di rumahnya di Kampar kira-kira 3.15 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati mangsa dibunuh pada petang 15 Dis lalu sebelum dibuang di sungai tersebut kira-kira 10 kilometer dari ladang mereka bekerja,” katanya sambil menambah suspek direman tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian pada 18 Dis lalu, mangsa, MD Ovaidul Khan, 32, ditemui mati dalam keadaan terapung selepas tersangkut pada pokok di Sungai Kinta dengan keadaan kaki kanan diikat dengan sebuah motosikal dipercayai digunakan sebagai pemberat untuk menenggelamkan mayat mangsa. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: isterikes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

Tok Mat Dan Isteri Mengundi Di SJKC Chung Hua

01/08/2026
0

REMBAU - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudi...

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

01/08/2026
0

JELEBU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengundi di Sekolah Kebangsaan Putra, Simpang Durian di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd