KUALA LUMPUR – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives tidak diniagakan pada sesi awal hari ini berikutan minat yang lemah terhadap logam berharga itu serta dalam keadaan pasaran yang lengang dengan ramai peniaga bercuti panjang sempena Krismas dan Tahun Baru.
Pada 9.12 pagi, Disember 2018, Januari 2019, Februari 2019 dan Mac 2019 masing-masing pada RM169.30, RM169.30, RM169.40 dan RM169.50 segram.
Jumlah dagangan sifar manakala minat terbuka berjumlah 26 kontrak.
Pada 9.30 pagi, harga emas fizikal susut 13 sen kepada RM165.15 segram. – BERNAMA