• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Gempa Di Filipina

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung akibat kejadian gempa bumi dengan kekuatan 7.1 pada skala Richter yang melanda wilayah Governor Generoso dan Davao Oriental di Mindanao, selatan Filipina, pagi ini.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan hari ini menasihati rakyat Malaysia yang berada di Filipina supaya sentiasa berwaspada serta tidak mendekati kawasan pantai dan lautan di daerah-daerah berkaitan.

Daerah-daerah itu ialah Compostela Valley, Davao Del Norte, Davao Del Sur, Davao Oriental, Davao City, Sarangani, South Cotabato, Agusan Del Norte, Agusan Del Sur, Surigao Del Norte dan Surigao Del Sur.

“Memandangkan situasi masih belum stabil, rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak berkepentingan ke kawasan terlibat buat masa ini,” kata kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular dinasihatkan menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila menerusi Tel: +63 2 662 8200 atau +63 917 864 0761 (selepas waktu bekerja) atau melalui El-mel: mwmanila@kln.gov.my

Konsulat Jeneral Malaysia di Davao, Mindanao pula boleh dihubungi melalui Tel: +63 82 221 4050 atau +63 936 9684001 atau Elmel: mwdavao@kln.gov.my

Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila dan Konsulat Jeneral Malaysia di Davao, Mindanao akan terus memantau perkembangan terkini di Filipina serta menyelaras tindakan dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai kejadian gempa. – BERNAMA

Tags: gempa bumi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

Dua Gempa Bumi Kuat Gegar Venezuela Dalam Tempoh 39 Saat, Darurat Diisytihar

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  CARACAS – Venezuela dilanda dua gempa bumi kuat masing-masing bermagnitud 7.2 dan 7.5 dalam tempoh hanya 39 saat,...

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

Gempa Bumi Sabah: Penduduk Ingat Alami Vertigo, Pening Biasa

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KOTA KINABALU - Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.8 menggegarkan perairan berhampiran Kota Kinabalu, Sabah pukul 12.57 pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd