• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Teo Nafi Mahu Ubah Kurikulum Sejarah

oleh Ahmad Albab
23/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menafikan laporan yang tular dalam media sosial kononnya beliau merancang untuk mengubah mata pelajaran Sejarah di sekolah dengan menggunakan khidmat badan bukan kerajaan (NGO) masyarakat Cina.

Beliau dalam kenyataan hari ini menyifatkan laporan itu sebagai tidak berasas sama sekali dan ia adalah satu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab yang cuba mempermainkan sentimen perkauman.

“Saya menyangkal berita itu sekeras-kerasnya dan memberi amaran agar pihak berkenaan menarik balik atau menggugurkan berita itu dengan serta merta.

“Jika tidak, saya tidak teragak-agak untuk mempertimbangkan tindakan undang-undang kerana laporan sedemikian cuba memburukkan diri saya dan Kementerian Pendidikan,” katanya.

Laporan mengenai Teo merancang mengubah mata pelajaran sekolah rendah dan menengah menggunakan NGO Cina agar haluan sejarah memasukkan jugabDAP, tular dalam media sosial dan dipetik beberapa portal.

Untuk rekod, Teo berkata semakan semula bagi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah bermula pada 2017 lagi dan Jawatankuasa Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks juga telah dibentuk sebelum beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

Katanya, KSSR (Semakan 2017) Buku Teks Sejarah bagi tahun empat pula telah selesai pada 2017.

“Justeru, adalah mustahil bagi saya untuk campurtangan dalam penggubalan dan semakan semula kurikulum Sejarah apatah lagi melantik mana-mana ‘Team DAP’ atau NGO Cina untuk memasukkan input berkaitan dengan sejarah DAP,” katanya.

Sehubungan itu, Teo berkata sebarang mesyuarat yang diadakan antara mana-mana NGO dan jawatankuasa itu hanya sekadar memberi cadangan terhadap kurikulum Sejarah bagi KSSR (Semakan) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Beliau yakin dan percaya dengan kebijaksanaan dan kewibawaan jawatankuasa terbabit dan anggota panelnya yang profesional dalam membuat keputusan yang sewajarnya berkenaan penggunaan dan penambahbaikan kurikulum Sejarah.

“Oleh itu, sementara saya menghormati kebebasan bersuara yang didukung oleh Kerajaan yang baharu, saya menasihatkan orang ramai tidak menular dan menyebarkan kenyataan atau laporan yang tidak berasas dan berunsur fitnah,” kata Teo. – BERNAMA

Tags: kurikulumTeo Nie Ching
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

Teo: Kementerian Alu-Alukan Perbincangan Tingkat Ketelusan SKMM

02/09/2023
0

Teo Nie Ching berkata Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengalu-alukan perbincangan ke arah meningkatkan ketelusan berhubung prosedur Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia...

Lahabau Membawa Maksud Tidak Berguna, Tidak Boleh Diharap

08/11/2021
0

KENYATAAN  kurang bertanggungjawab bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching berhubung penggunaan perkataan Lahabau sebenarnya membawa maksud yang sangat negatif...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd