• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempahan 12.12 Di Malaysia Meningkat 15 Kali, GMV 7 Kali Lebih Tinggi

oleh Cj Mnh
15/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tempahan yang dibuat pembeli dalam talian dalam sehari pada 12.12 meningkat dengan besar sebanyak 15 kali berbanding purata bilangan pada minggu pertama Disember, demikian menurut portal sehenti gaya hidup, ShopBack.

ShopBack juga mendapati bahawa, pelanggan di Malaysia gemar merebut tawaran terbaik sejurus selepas tengah malam dan perilaku ini diperhatikan pada jualan dalam talian utama sepanjang tiga tahun lepas.

Penduduk Filipina juga berkongsi tabiat sama dengan rakyat Malaysia, sementara rakyat Singapura dan Thailand cenderung membuat belian pada saat akhir – beberapa jam sebelum berakhir 12.12.

“Bagi pasaran Malaysia, dijangkakan bahawa Nilai Dagangan Kasar (GMV) untuk 12.12 tujuh kali lebih tinggi daripada hari biasa pada Disember,” kata Pengurus Besar Negara Malaysia ShopBack, Alvin Gill, dalam satu kenyataan.

Disember adalah musim puncak untuk industri e-dagang kerana orang ramai cenderung membuat pembelian untuk percutian, perayaan Krismas dan barangan berkaitan Tahun Baru

Gill berkata, dalam kalangan semua negara Asia Tenggara di mana ShopBack beroperasi, Malaysia menduduki tangga kedua dari segi jumlah tempahan, ketinggalan sedikit berbanding Indonesia tetapi kira-kira 80 peratus lebih tinggi berbanding Singapura.

Antara lebih 40 rakan kedai di mana ShopBack Malaysia berkerjasama untuk 12.12, tiga teratas adalah Lazada, Shopee dan Taobao

Lazada dan Shopee juga kekal kedai paling utama di Asia Tenggara.

Marketplace, Fashion & Beauty dan Travel adalah vendor khusus yang popular dan ia menyamai dengan 11.11, yang mana 65 peratus daripada jumlah trafik pada 12.12 datangnya daripada aplikasi mudah alih.

ShopBack adalah portal pulangan tunai yang membantu lebih 7.0 juta pengguna membuat keputusan pembelian pintar di lebih 1,500 rakan dalam talian di tujuh negara – Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Taiwan, Filipina dan Australia.

Di Malaysia, ia mempunyai lebih 1.0 juta pengguna dan bekerja dengan lebih 500 rakan seperti Lazada, Shopee, ZALORA, 11street, Qoo10, fave, Hermo, Taobao, Booking.com dan Expedia.

Sejak penubuhan ShopBack Malaysia, RM25 juta diberikan kepada pengguna tempatan dengan pembeli paling tinggi berjimat lebih RM22,000 di dalam akaunnya.

“Kami berusaha membantu orang ramai membeli dengan lebih bijak dan berjimat dengan lebih banyak dalam pembelian harian, terutama sewaktu tempoh jualan dalam talian utama. Sehingga 30 peratus daripada pulangan tunai ditawarkan kepada pembeli selain diskaun daripada rakan perniagaan pada 12.12,” kata Gill. – BERNAMA

Tags: Shopback
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘11.11 Singles Day’ Catat Trafik, Transaksi Paling Tinggi

13/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Trafik beli-belah dan jumlah pesanan Malaysia merupakan yang tertinggi dalam kalangan enam negara semasa kempen beli-belah dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd