• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tarik Balik Laporan Polis, Melvin Nafi Terima Imbuhan

oleh Ahmad Albab
07/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Anggota Sukarelawan Malaysia (Rela) Melvin Cheong Mun Khai menafikan menerima imbuhan daripada pihak tertentu berikutan tindakannya menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ yang menyerang beliau dan dua lagi rakannya.

Dalam kenyataan kepada media hari ini, Cheong, 22, berkata spekulasi mengenai imbuhan itu telah memberi tekanan kepadanya serta membuatkan masyarakat memandang serong dan mengecam beliau.

“Saya tidak menerima sebarang habuan kewangan mahupun dalam bentuk harta benda kerana menarik laporan polis itu pada 18 Ogos 2018,” katanya.

Cheong berkata beliau menarik balik laporan polis itu dengan sukarela disebabkan komitmen kerja di waktu malam sehingga pagi yang menyukarkannya untuk hadir memberi keterangan di mahkamah serta memantau perkembangan kes.

Pada pertengahan prosiding kes berkenaan, beliau dan dua lagi rakannya bersetuju agar lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ itu membayar kompaun di mahkamah bagi menyelesaikan pertuduhan-pertuduhan kesalahan mencederakan mereka, tetapi pihak atasan Rela memaksa mereka menolak tawaran itu.

“Saya tidak ingin menjadi boneka yang mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu dalam kes ini, saya berpendapat bahawa pihak-pihak tertentu tidak perlu campur tangan dalam biarkan kami membuat keputusan,” katanya.

Pada 19 Sept lepas, Jabatan Rela membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat tindakan Cheong menarik balik laporan polis terhadap seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’.

Pengarah Bahagian Operasi Rela, Mohamad Razib Buhaini berkata, langkah itu diambil bagi menyiasat sama ada terdapat unsur pelanggaran integriti atau rasuah melibatkan anggota itu.

Bagaimanapun, Cheong berkata, sehingga hari ini SPRM belum memanggilnya untuk memberi keterangan.

Pada 7 Sept lepas, Mahkamah Majistret Ampang melepas tanpa membebaskan seorang ahli perniagaan yang mendakwa dirinya ‘Datuk Seri’ daripada dua tuduhan iaitu mencedera dan menyerang seorang anggota Rela yang sedang menjalankan tugas, tahun lepas.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memaklumkan bahawa seorang daripada tiga mangsa dalam kes itu telah menarik balik laporan polis terhadap tertuduh. – BERNAMA

Tags: Anggota Relalaporan polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pegawai polis dikenali 'Inspektor Sheila' membuat tiga laporan polis susulan insiden membabitkan dirinya termasuk kes terbaharu di sebuah...

Akaun TikTok Salah Guna Gambar Tengku Permaisuri Selangor, Istana Lapor Polis

Akaun TikTok Salah Guna Gambar Tengku Permaisuri Selangor, Istana Lapor Polis

19/09/2025
0

SHAH ALAM: Istana Selangor membuat laporan polis terhadap akaun palsu di TikTok yang menyalahgunakan gambar Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd