• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taman Air Bukit Merah Tampil Tiga Tarikan Baharu

oleh
01/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Taman air di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di sini menampilkan tiga tarikan terbaharu bermula hari ini membabitkan pelaburan RM3 juta bagi menarik lebih ramai pengunjung.

Tiga tarikan baharu itu adalah Gelongsor Crazee Cone, Gelongsor Lumba dan Kembara Air Keluarga membabitkan kos RM2.8 juta dan bakinya membabitkan penambahbaikan taman air berkenaan yang ditutup sejak 18 Sept lalu untuk kerja pembaikan.

Pemangku Ketua Bahagian Leisure and Education M K Land Holdings Berhad Elya Wirdati Md Nasir berkata tiga tarikan baharu ini akan memberikan kepuasan kepada pengunjung bagi menjadikan taman ini sebagai lokasi percutian keluarga.

Beliau berkata selain itu, BMLR terkenal sebagai destinasi untuk menjalankan aktiviti reakreasi seperti aktiviti tasik, aktiviti bina pasukan dan merentas hutan pesisir tasik.

“Melalui tiga tarikan baharu ini, pengunjung berpeluang menikmati keseronakan kerana ia satu-satunya taman air yang menawarkan permainan tersebut di utara”, katanya pada majlis perasmian Tarikan Terbaru Taman Air Bukit Merah Laketown Resort oleh Pengerusi Eksekutif MK Land Holdings Berhad (M K Land) Felina Mustapha Kamal di sini hari ini.

Menurut beliau, pada musim cuti sekolah dan cuti pada hari minggu, jumlah pengunjung mencapai 1,700 pengunjung setiap hari, manakala 800 pengunjung pada hari biasa.

Elya Wirdati memberikan jaminan kualiti air dan kebersihan air yang ada di taman air itu selamat kepada pengunjung kerana pihaknya mengambil sampel air setiap tiga bulan sekali untuk pemeriksaan di Pejabat Kesihatan Daerah Kerian. – BERNAMA

Tags: Bukit Merah Laketown Resort
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd