• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Tawar Ibu Bapa Muhammad Adib Tunai Haji

oleh
29/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan ibu bapa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menunaikan ibadah haji pada musim depan, 2019 sebagai satu penghargaan ke atas pengorbanan besar anggota bomba itu kepada negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pemilihan ibu bapa Allahyarham ke Tanah Suci Mekah itu dibuat berdasarkan kaedah ‘tawaran terpilih’ yang berhak dibuat oleh TH mengikut peruntukan yang ada.

“Saya bersama pihak TH berbincang sejurus kembali dari luar negara bagi menampilkan satu penghargaan di atas pengorbanan Muhammad Adib ini. Kami periksa dalam senarai, ibu bapanya ada berdaftar (tetapi) kalau ikut jadual asal masa menunggu panjang, iaitu lagi lima tahun untuk dapat pergi haji.

“(Jadi) ada klausa Tabung Haji berhak berbuat demikian iaitu ‘tawaran terpilih’ kepada ibu bapanya melakukan haji,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga Muhammad Adib di kediaman mereka di Kampung Tebengau, Kuala Kedah dekat sini hari ini.

Turut serta Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC) Kedah Datuk Dr Ismail Salleh serta Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya dan Pembangunan Keusahawanan Kedah Mohd Asmirul Anuar Aris.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata kos keseluruhan serta maklumat lanjut berkaitan pemergian ibu bapa Muhammad Adib ke Tanah Suci Mekah itu akan dibincangkan TH kemudian.

Sementara itu, beliau berkata antara kriteria dipilih mendapatkan tawaran berkenaan mestilah ada pengorbanan besar seperti mana terjadi kepada Allahyarham yang terkorban akibat dipercayai dipukul oleh perusuh ketika bertugas.

Dalam pada itu, ibu bapa Allahyarham Mohd Kassim Abd Hamid, 63, dan ibunya Asma Aziz, 51, melahirkan rasa gembira dengan tawaran itu.

“Saya rasa seronok dengan tawaran ini sebab semua orang yang daftar haji akan tertunggu-tunggu untuk ke sana…saya syukur, Alhamdulillah…ada hikmah setiap apa yang berlaku,” kata Mohd Kassim.

Muhammad Adib yang bertugas sebagai anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada pukul 9.41 malam, 17 Disember lalu selepas dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya pada 27 November lepas. – BERNAMA

Tags: Muhammad AdibTabung Haji
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Denda RM1 Juta Jika Tidak Cukup Bekalan Petrol

Next Post

Polis Buru 2 Suspek Menyamar Pegawai Tentera

Related Posts

Iran Sahkan Operasi Janji Benar Sudah Berakhir

Konflik Iran-Israel: TH Teruskan Persiapan Bagi Musim Haji 2024 Seperti Dirancang – Mohd Na’im

14/04/2024
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah...

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

Tabung Haji Umum Agihan Keuntungan 3.1 Peratus Bagi 2022

28/04/2023
0

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.1 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2022. Ikuti Mynewshub: Telegram Menteri...

Next Post

Polis Buru 2 Suspek Menyamar Pegawai Tentera

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd