• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru 2 Suspek Menyamar Pegawai Tentera

oleh
29/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPIN – Polis sedang giat memburu dua suspek lelaki yang didakwa menyamar sebagai pegawai tentera berpangkat kolonel dan cuba memasuki kem Batalion Kedua Rejimen 508 Askar Wataniah di sini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Ramli Kasa berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang pada 8 Dis lalu namun laporan polis hanya dibuat semalam oleh pihak tentera.

“Berdasarkan laporan itu, dua lelaki cuba memasuki kem tentera itu dengan menyamar sebagai pegawai tentera berpangkat kolonel, tetapi tidak dibenarkan (masuk) dan kemudian mereka melarikan diri.

“Kami belum pasti apa motif mereka dan kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan iaitu menyamar sebagai penjawat awam,” katanya kepada media di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial berkenaan suspek yang berpakaian seragam tentera itu gagal memasuki kem tersebut selepas dihalang oleh anggota yang bertugas mengawal pintu masuk kem berkenaan.

Suspek gagal mengemukakan bukti mereka pegawai tentera selepas anggota tentera berkenaan meminta mereka berbuat demikian kerana mendapati usia lelaki terbabit tidak sepadan dengan pangkat kolonel pada pakaian tentera yang dipakai mereka. — BERNAMA

Tags: Anggota Tenteramenyamar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd