• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Tempatan Digesa Hentikan Segera Import Minyak Sawit

oleh Ahmad Albab
11/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan menggesa syarikat minyak sawit Malaysia menghentikan segera pengimportan minyak sawit mentah dan sebaliknya menggunakan minyak sawit tempatan.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata gesaan itu dibuat memandangkan jumlah stok minyak sawit Malaysia bagi November meningkat 10.45 peratus kepada 3.01 juta tan daripada 2.72 juta tan pada Oktober.

“Saya meminta syarikat minyak sawit menggunakan bekalan keluaran negara dalam usaha membantu pekebun tempatan yang sedang menderita. Jumlah stok minyak sawit Malaysia agak tinggi.

“Kita juga mendapati ada dalam kalangan syarikat kita mengimport minyak sawit dari negara jiran. Jadi pada masa yang kritikal ini, kita mahu menggesa mereka supaya tidak lagi mengimport minyak sawit untuk diproses di kilang penapisan sebaliknya mereka menggunakan minyak tempatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa pelancaran pelaksanaan Program B10 Sektor Pengangkutan di Dataran Putra, di sini hari ini.

Kok berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam laporan Prestasi Industri Minyak Sawit Malaysia bagi November 2018 yang dikeluarkan semalam berhubung pertambahan stok minyak sawit pada November.

Bagaimanapun, Kok berkata pihaknya tidak memberi sebarang tempoh tertentu kepada syarikat terlibat untuk melaksanakan pemberhentian import berkenaan.

“Kita perlu membantu pekebun kecil dan jika kita boleh mempertingkat penggunaan minyak sawit dalam negara maka kita boleh menstabilkan atau menambah harganya agar dapat memberi manfaat kepada pekebun tempatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: minyak sawitTeresa Kok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kereta Teresa Kok Kena Pecah: DBKL Umum Pasang CCTV Di Taman Persekutuan Bukit Kiara

Kereta Teresa Kok Kena Pecah: DBKL Umum Pasang CCTV Di Taman Persekutuan Bukit Kiara

27/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan segera untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di...

Kereta Teresa Kok Kena Pecah: Wang Tunai RM2,000 Lesap 

Kereta Teresa Kok Kena Pecah: Wang Tunai RM2,000 Lesap 

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP kerugian RM2,000 tunai termasuk wang angpau selepas keretanya dipecah penjenayah dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd