• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Selangor Zahir Takziah Kepada Keluarga, Waris Adib

oleh Ahmad Albab
18/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan takziah kepada keluarga dan waris anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia malam tadi susulan kecederaan yang dialami akibat diserang perusuh semasa insiden di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 Nov lalu.

Titah baginda pemergian Allahyarham amat dirasai oleh seluruh rakyat dan baginda percaya pengorbanan wira itu adalah suatu yang amat mulia di sisi agama, bangsa dan negara.

Titahnya, baginda berkenan mengutus surat takziah kepada bapa Allahyarham di Kuala Kedah, Kedah.

“Beta dan Tengku Permaisuri Selangor berasa amat sedih dan dukacita apabila mendengar berita pulangnya ke rahmatullah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang beta difahamkan Allahyarham telah diserang semasa menjalankan tugas memadamkan kebakaran dalam kejadian rusuhan di perkarangan Kuil Sri Maha Mariamman USJ, Subang Jaya, pada 27 Nov 2018.

“Beta ingin menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada waris dan ahli keluarga serta berharap mereka reda dan tabah menerima ketentuan ini,” titah baginda yang dimuat naik menerusi Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Muhammad Adib, 24, meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 9.41 malam. – BERNAMA

Tags: Muhammad AdibSultan Selangor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

Sultan Selangor Sokong Titah Agong Berkenaan Rukun Negara

01/06/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menzahirkan setinggi-tinggi...

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd