Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Pemuda BN Tak Letak...

MELAKA - Pemuda Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan sebarang sasaran atau kuota tertentu...

Propaganda Anti Minyak Sawit:...

PUTRAJAYA - Tindakan di bawah peruntukan Akta Pendidikan 1996 akan diambil ke...

Apple Watch Series 2...

BERITA baik buat peminat tegar jenama 'bonjuis' Apple, orang ramai kini boleh mendapatkan...

Warga Emas Maut Dilanggar...

ROMPIN – Seorang warga emas maut dlanggar oleh sebuah motosikal ketika sedang berjalan kaki ke...

Sultan Nazrin Solat Di Masjid Jamek Sungai Gelugor

GEORGE TOWN – Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Sungai Gelugor, di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda pada pukul 1.15 tengah hari diiringi Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Sultan Nazrin yang juga Sultan Perak menunaikan solat Jumaat yang diketuai Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Mohd Noor bersama kira-kira 2,000 jemaah.

Khutbah Jumaat telah disampaikan oleh bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Elias Zakaria.

Selesai solat Jumaat, Sultan Nazrin berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Masjid Jamek Sungai Gelugor sebelum baginda meluangkan masa beramah mesra dengan jemaah sebelum berangkat meninggalkan masjid.

Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim yang melakukan lawatan rasmi dua hari ke Pulau Pinang, dijadual berangkat pulang ke ibu negara pada pukul 2.30 petang ini. – BERNAMA

Kategori