• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Strategi Tumpuan Pelanggan Celcom Pacu Pertumbuhan Mampan

oleh
13/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Celcom Axiata Bhd (Celcom), melalui strategi tumpuan kepada pengalaman pelanggan telah mencapai pertumbuhan sebanyak RM5 dalam hasil purata setiap pengguna (ARPU) bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini kepada RM88 untuk perniagaan pascabayar melalui perkhidmatan digital dan produk-produknya yang inovatif.

Pembekal rangkaian data itu dalam satu kenyataan hari ini berkata bagi tempoh yang sama juga, hasil menokok sebanyak 3.0 peratus berikutan peningkatan hasil perkhidmatan sebanyak 2.1 peratus.

Ini didorong oleh pertumbuhan dalam perniagaan prabayar serta pascabayar dengan ARPU campuran meningkat kepada RM49 daripada RM46.

Ketua Pegawai Eksekutif Idham Nawawi berkata pengalaman pelanggan terus kekal menjadi keutamaan Celcom.

“Memandangkan kami telah menerima pakai langkah-langkah baharu dalam data dan analisis, kami akan terus melaksanakan serta meningkatkan perkhidmatan kami kepada kualiti dan standard antarabangsa.

“Kecemerlangan dalam pengalaman pengguna masih menjadi perkara utama dalam pasaran hari ini. Strategi tumpuan pelanggan yang sedang kami gunakan sekarang menunjukkan keputusan yang positif dan hasil dari tahun ke tarikh yang lebih mantap dengan indikator utama bertambah baik dalam pasaran yang tepu,”” katanya.

Pengalaman rangkaian syarikat sekarang ini merupakan antara yang terbaik, malahan perkhidmatan pelanggannya diiktiraf sebagai yang paling ke hadapan dalam industri.

Beliau ketika bercakap mengenai masa hadapan memberitahu kumpulan akan memperhebatkan fokusnya kepada pengalaman pelanggan termasuk meneruskan usaha bagi meningkatkan infrastruktur rangkaian sebagai persediaan untuk revolusi Industri Keempat (IR4.0), dan berperanan sebagai pemangkin dalam ekonomi digital negara.

“Pada masa ini, Celcom sedang menerima pakai pelbagai teknologi baharu seperti robotik, kepintaran buatan dan sistem Internet untuk Pelbagai Perkara secara dalaman dan luaran dalam pelbagai segmen industri.

“Kami akan mengambil kesempatan di atas penggunaan teknologi baharu bagi memperbaiki dan memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami, kerana mereka adalah sebab untuk kami membuat pembaharuan dan menyampaikan penyelesaian digital yang baharu pada setiap hari, seterusnya, menyokong pembangunan agenda transformasi dan ekonomi digital negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: CELCOM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 70 Peratus Rangkaian Celcom Lembah Klang Pulih

23/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd telah memulihkan lebih daripada 70 peratus rangkaian di tapak yang terjejas di Lembah Klang setakat...

Akhirnya Dijual Juga Celcom

21/06/2021
0

Dari Facebook Najib Razak SEBELUM ini, syarikat Khazanah milik 100% syarikat CELCOM melalui Axiata. Kini, Khazanah milik 33.1% kepentingan dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd