• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Status Tidak Jelas, Sivaraajh Diarah Keluar Dewan

oleh Cj Mnh
05/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivarraajh diarah meninggalkan sidang Dewan Rakyat buat sementara hari ini selepas statusnya sebagai Anggota Parlimen Cameron Highlands menjadi tanda tanya ekoran keputusan mahkamah baru-baru ini.

Kehadirannya dipersoal RSN Rayer (PH-Jelutong) ketika Menteri Sumber Manusia M. Kula Segaran membuat penggulungan peringkat jawatankuasa Belanjawan 2019 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, kira-kira 10 minit sebelum dewan berhenti rehat.

“Mahkamah putuskan kerusi Cameron Highlands dilapangkan kerana pada pilihan raya umum lalu terdapat unsur rasuah melibatkan Cameron Highlands. Keputusan itu masih lagi kekal. Dewan ini tidak dimaklumkan apa-apa keputusan baharu.

“Saya ingin tarik perhatian pengerusi (Speaker Dewan Rakyat) atas dasar apa Cameron Highlands boleh masuk dan duduk di tempat beliau, kita patut hormati keputusan mahkamah,” kata Rayer.

Atas celahan berkenaan, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof bertanya kepada Sivarraajh sama ada keputusan mahkamah berkenaan disekalikan dengan perintah penggantungan sementara.

Menjawab soalannya, Sivarraajh berkata beliau tidak pasti sama ada beliau boleh hadir ke Dewan Rakyat atau sebaliknya.

“Saya tidak pasti, tapi saya ada 14 hari (untuk membuat rayuan),…penggantungan sementara (sepatutnya) automatik bila saya buat rayuan,” katanya.

Menganggap perkara ini sebagai satu perkara penting untuk ditentukan dengan jelas, Mohamad Ariff kemudian mengarahkan supaya Sivarraajh meninggalkan Dewan Rakyat buat sementara sehingga beliau mendapatkan nasihat peguam pakar.

“Saya ingin nasihatkan Cameron Highlands jumpa peguam pakar untuk putuskan sama ada rayuan difailkan secara automatik akan mengakibatkan penggantungan (sementara) keputusan mahkamah, ini penting. Jika tidak ada penggantungan sementara, (maka) anda adalah orang asing di Dewan Rakyat

“Untuk sementara waktu sila tinggalkan Dewan, dapatkan nasihat peguam dan berikan kepada Speaker,” katanya.

Sivarraajh yang ditemui pemberita di lobi Parlimen berkata beliau telah mendapatkan nasihat pakar memaklumkan selagi Mahkamah Tinggi tidak menghantar notis penghakiman kepada Speaker bahawa kerusi Cameron Highlands dikosongkan, beliau masih lagi anggota Parlimen digazetkan dan masih boleh hadir ke Dewan Rakyat.

“Saya akan jumpa Speaker untuk jelaskan,” katanya.

Mahkamah Pilihan Raya pada 30 November lalu mengisytiharkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah terbatal dan tidak sah selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu. – BERNAMA

Tags: Dewan Rakyatsivaraajh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

Jawatankuasa Parlimen Mahu Teliti Dokumen Perjanjian Pemindahan Gajah DAK Ke Jepun

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pilihan Alam Sekitar, Sains dan Perladangan Dewan Rakyat memaklumkan pihaknya masih memerlukan beberapa maklumat tambahan yang...

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

Anthony Loke Minta Orang Ramai Kecam MP Tak Sokong Usul Hadkan Tempoh Jawatan PM

02/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook meminta orang ramai mengecam Ahli Parlimen yang tidak hadir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd