• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Solskjaer ‘Minat’ Jadi Bos Sepenuh Masa United

oleh Cj Mnh
22/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANCHESTER, England – Ole Gunnar Solskjaer memberitahu sidang akhbar rasmi pertamanya sebagai pengurus sementara Manchester United hari ini beliau berminat jika diberi peluang untuk menjadi bos sepenuh masa.

Pengendali dari Norway berusia 45 tahun itu, bekas pemain legenda di Old Trafford, dilantik sebagai bos sementara hingga hujung musim ini bagi menggantikan Jose Mourinho yang dipecat Selasa lalu.

Solskjaer, yang dipinjamkan dari kelab Norway, Molde, mengakui beliau tidak memikirkan mengenai tempoh selepas musim semasa berakhir bersama kelab itu yang mana beliau menghabiskan hampir 15 tahun sebagai pemain dan jurulatih.

Namun beliau menyatakan berminat memegang jawatan itu secara tetap jika diberi peluang.

“Apabila anda mendapat tugas sebegini dan mereka meminta anda menandatangani kontrak enam bulan, anda berkata ‘ya sudah tentu’,” katanya.

“Saya gembira untuk membantu dan tugas saya bagi enam bulan berikut adalah untuk bertindak sebaik mungkin dan membantu kelab ini meningkat sebaik mungkin.

“Saya faham ada ramai pengurus yang pasti berminat untuk menjadi pengurus Manchester United dan saya seorang daripadanya. Tapi ia bukannya sesuatu yang kita boleh bualkan, mereka akan melakukan prosesnya mulai hari ini hingga enam bulan akan datang.”

Solskjaer, terkenal kerana ancaman yang mampu diberikannya ketika tampil dari bangku simpanan dan masih diingati penyokong United kerana gol kemenangan pada final Liga Juara-Juara 1999, berdepan tugas getir menggantikan Mourinho.

United melakukan permulaan terburuk dalam era Liga Perdana Inggeris dan ketinggalan 19 mata di belakang pendahulu Liverpool serta 11 mata berbanding tempat ke Liga Juara-Juara.

“Tugas saya adalah membantu pemain menyambar peluang ini kerana mereka mahu menjadi sebahagian daripada Man United,” kata Solskjaer.

Solskjaer akan memulakan tempohnya di United malam esok menentang Cardiff City di laman lawan, satu-satunya kelab Liga Perdana yang pernah diuruskannya – beliau berdepan masa sukar selama lapan bulan di selatan Wales dan gagal menyelamatkan kelab itu daripada turun ke liga bawahan. – AFP

Tags: Manchester UnitedOle Gunnar Solskjaer
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Ditahan Cuba Rompak Bank Paling Utara Di Dunia

Next Post

Mayat Mangsa Bunuh Di Morocco Selamat Dihantar Pulang

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

11/05/2024
0

Kuala Lumpur : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut...

Next Post

Mayat Mangsa Bunuh Di Morocco Selamat Dihantar Pulang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd