• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sivarraajh Layak Hadir Sidang Dewan Rakyat – Ariff

oleh Cj Mnh
10/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk C Sivarraajh kekal sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands dan dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat sehingga proses rayuan di mahkamah selesai.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, membuat keputusan itu berdasarkan tempoh rayuan 14 hari dibenarkan untuk Sivarraajh mencabar keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangannya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu atas dakwaan wujud amalan rasuah.

“Selepas keputusan dibuat Hakim pilihan raya di bawah Subseksyen 36(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5), Mahkamah Pilihan Raya mempunyai tempoh 14 hari untuk membuat perakuan (kekosongan kerusi) kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Sekiranya Yang Berhormat Cameron Highlands menggunakan haknya untuk membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan di bawah Seksyen 36A Akta 5, pengeluaran perakuan itu akan ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai,” katanya ketika membacakan petua itu selepas sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Rabu lalu, wakil Barisan Nasional (BN) daripada MIC itu diarah keluar Dewan bagi mendapatkan pengesahan sama ada beliau diberi penangguhan, susulan keputusan mahkamah membatalkan kemenangannya.

Mohamad Ariff berkata, SPR tidak akan mengisytiharkan kekosongan kerusi Parlimen berkenaan selagi belum menerima perakuan daripada Mahkamah Persekutuan.

“Yang Berhormat Cameron Highlands layak menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana perkara ini bukan kekosongan luar jangka yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk memaklumkan kepada SPR.

“Sebaliknya, ia adalah kekosongan yang disebabkan perintah Mahkamah Pilihan Raya.

“Keperluan Hakim Mahkamah Pilihan Raya memperakukan keputusan kepada SPR dalam masa 14 hari adalah kehendak mandatori sebelum keputusan itu dianggap sebagai muktamad.

“Maka sehingga proses rayuan selesai, Yang Berhormat Cameron Highlands masih dianggap sebagai seorang Ahli Parlimen,” katanya.

Sejurus keputusan itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN UMNO-Bagan Datuk) bangun dan mengucapkan tahniah kepada Mohamad Ariff atas langkah profesional yang dibuatnya.

“Ini satu keadilan yang mana Ahli Parlimen pembangkang menyatakan tempoh 14 hari adalah tempoh yang kami tekankan.

“Dalam perkara ini mengakulah pihak sana (kerajaan), kemenangan ini adalah kemenangan rakyat keseluruhannya,” katanya.

Mohamad Ariff kemudian menegaskan, keputusan itu adalah kemenangan dari segi undang-undang.

Pada 30 November lalu, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan keputusan kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU-14 yang dimenangi BN sebagai terbatal dan tidak sah selepas didapati wujud amalan rasuah yang diketahui dan mendapat keizinan Sivarraajh. – BH Online

Tags: Dewan Rakyatsivaraajh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Melaka United Ikat Safiq Rahim, Shukor Adan

Next Post

TMJ Kecewa, Minta Penyokong Kongsi Idea Tangani Isu Jualan Tiket

Related Posts

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

Sidang Khas Dewan Rakyat 5 Mei Diadakan Atas Permintaan PM – Parlimen

24/04/2025
2

KUALA LUMPUR: Sidang khas Dewan Rakyat pada 5 Mei ini bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi...

Laporan RCI Batu Puteh Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan – Johari

Laporan RCI Batu Puteh Dibentang Di Dewan Rakyat Minggu Depan – Johari

06/12/2024
0

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian...

Next Post

TMJ Kecewa, Minta Penyokong Kongsi Idea Tangani Isu Jualan Tiket

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd