• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Bahagian UMNO Sabah Berfungsi Seperti Biasa

oleh
13/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – UMNO Sabah akan bangkit semula dengan barisan kepimpinan baharu di semua bahagian, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata semua jawatan yang dikosongkan oleh hampir kesemua anggota jawatankuasa badan perhubungan negeri ​​​​​​ dan 21 daripada 25 ketua bahagian di negeri itu akan dipangku oleh timbalan masing-masing.

Menurutnya, perbincangan mengenai kepimpinan badan perhubungan baharu akan diadakan dan keputusannya akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan pimpinan barisan tertinggi badan perhubungan UMNO Sabah yang baharu di sini hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan serta Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Jainab Ahmad.

Semalam, hampir kesemua anggota jawatankuasa badan perhubungan negeri itu termasuk pengerusinya Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengumumkan keluar parti.

Selain itu, semua ketua bahagian kecuali Tenom, Kalabakan, Sepanggar dan Kinabatangan turut mengumumkan keluar parti.

Berikutan tindakan keluar beramai-ramai itu, Ismail Sabri menafikan laporan kononnya UMNO Sabah sudah lumpuh dan menegaskan bahawa semua bahagian masih berfungsi seperti biasa.

Malah, katanya, setakat ini belum ada ahli di peringkat cawangan keluar daripada UMNO secara beramai-ramai seterusnya membubarkan cawangan mereka.

“Walaupun gambaran yang diberikan seolah-olahnya UMNO Sabah ini sudah lumpuh, tetapi keadaan sebenarnya tidak begitu,” katanya.

Katanya, semua barisan kepimpinan baharu berkenaan perlu agresif turun padang untuk menjelaskan segala keleliruan ahli terutama berkaitan hala tuju parti yang dikatakan tidak jelas selepas kalah dalam pilihan raya umum lalu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ismail Sabri Jadi PM Kerana Jiwa Besar Pemimpin UMNO

13/12/2021
0

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa UMNO sedang menerajui pentadbiran negara kurang tepat. Pertama, tiada seorang daripada...

RMKe-12: Malaysia Berpendapatan Tinggi Pada 2025

28/09/2021
0

KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) menyasarkan empat matlamat utama untuk dicapai dalam tempoh lima tahun, bermula tahun ini hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd