• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semangat Perpaduan Asas Keharmonian, Keamanan – KM Melaka

oleh Ahmad Albab
30/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Rakyat di negara ini khususnya penduduk di Melaka digesa meletakkan semangat perpaduan sebagai asas bagi menjamin keharmonian serta keamanan di negeri dan negara ini, kata Ketua Menteri Adly Zahari.

Beliau berkata justeru, mereka perlu bersatu hati dan terus menanam sifat bersangka baik bagi menangkis sebarang bentuk provokasi terhadap sentimen agama dan perkauman dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Katanya, pada zaman kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi masa kini, mereka juga harus menyemak terlebih dahulu kesahihan berita atau maklumat yang diperoleh di media sosial terutama menerusi aplikasi WhatsApp sebelum mempercayainya atau menyebarkan kepada kumpulan lain.

“Perpaduan yang diperjuangkan pemimpin terdahulu perlu dipertahankan walaupun berlaku pelbagai perubahan dalam corak dan dasar di bawah pentadbiran kerajaan baharu.

“Usaha ini bukan hanya tanggungjawab kerajaan semata-mata tetapi memerlukan komitmen daripada semua pihak secara kolektif bagi memastikan keharmonian dan keamanan yang dikecapi dapat diwarisi anak dan cucu-cicit kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Krismas 2018 peringkat negeri di Bandar Hilir di sini, malam tadi.

Majlis berkenaan dihadiri lebih 1,000 pengunjung tempatan dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Rumah Terbuka Krismas berkenaan Damian Yeo Shen Li.

Mengulas lanjut, Adly berkata rakyat negara ini bertuah kerana dilahirkan di Malaysia yang merupakan sebuah negara yang unik di mata dunia dan didiami masyakat berbilang kaum, agama dan kepercayaan.

Beliau berkata sebagai contoh, Melaka kaya dengan pelbagai warisan budaya yang amat sinonim dengan identiti kaum antaranya Melayu, Cina, India, Portugis, Baba Nyonya dan Chetti.

“Suasana harmoni ini patut dipertahankan bagi membantu kerajaan negeri khususnya dalam merangka dasar baharu dan melaksanakannya bagi merancak dan menambah baik pertumbuhan negara mahupun negeri demi kesejahteraan serta keselesaan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adly ZahariMelaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

PRN Melaka: DAP Bersedia Bertanding Solo Selepas Ekonomi Pulih

17/05/2026
0

MELAKA - Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 12 Cawangan DAP Melaka sebulat suara bersetuju Pakatan Harapan (PH) perlu bersedia untuk bertanding...

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

DAP Johor Sokong Tangguh PRN, “Demi Kesejahteraan Rakyat” – Sheikh Omar

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Johor menyambut baik cadangan menangguhkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka. Naib Pengerusi DAP Johor,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd