• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebanyak 10,190 Sekolah Dibekal Perkhidmatan Capaian Internet

oleh Ahmad Albab
11/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan telah membekalkan perkhidmatan capaian internet di 10,190 sekolah seluruh negara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata daripada jumlah itu, sebanyak 9,786 atau 96 peratus sekolah iaitu 6,684 sekolah luar bandar dan 3,102 sekolah bandar telah dibekalkan dengan perkhidmatan Program 1BestariNet.

“Manakala 404 atau empat peratus sekolah, iaitu 375 sekolah luar bandar dan 29 sekolah bandar dibekalkan dengan capaian internet dari pembekal internet lain seperti TM dan Maxis,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) mengenai rungutan terdapat sekolah terutamanya di luar bandar yang belum mendapat capaian penuh internet di bawah Program 1BestariNet.

Menurut beliau, kebanyakan sekolah di luar bandar yang menerima capaian internet rendah di bawah Program 1BestariNet adalah kerana lokasi sekolah terletak di luar liputan ‘backhaul fiber’.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata kadar kelajuan internet bagi sesebuah sekolah bergantung kepada pelbagai faktor, antaranya enrolmen pelajar, saiz sekolah, bilangan makmal komputer, faktor geografi serta kedudukan kewangan kerajaan.

“Kerajaan sedar terdapat 1,578 sekolah yang menghadapi masalah capaian internet rendah terutamanya sekolah di luar bandar dan di kawasan pedalaman kerana masih bergantung kepada teknologi ‘Very Small Aperture Terminal’ (VSAT).

“Bagaimanapun kementerian sedang menyemak semula Program 1BestariNet menerusi kajian keberkesanan dan hala tuju yang pertama kali dilakukan oleh Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi dan Komunikasi (MIMOS) dan kini dilakukan oleh jawatankuasa third party (pihak ketiga) yang dianggotai oleh pakar-pakar dari beberapa institusi pengajian tinggi.

“Tujuan kajian tersebut dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan Program 1BestariNet merangkumi keperluan jalur lebar pada masa hadapan,” katanya.

Maszlee berkata laporan akhir kajian tersebut akan dibentangkan kepada pihak berkepentingan dan digunakan untuk menghasilkan pelan persekitaran yang lebih inovatif dengan mengintegrasikan teknologi yang bersesuaian bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. – BERNAMA

Tags: Dr Maszlee MalikSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd