• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Mahu Menang Semua – B.Sathianathan

oleh
13/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengendali Selangor, B.Sathianathan menaruh harapan tinggi untuk menjulang pelbagai kejuaraan bersama skuad ‘Red Giants’ pada saingan Liga Malaysia 2019.

Sathianathan, 60, yang membawa Felda United menjuarai saingan Liga Perdana 2018 sebelum dilantik sebagai Ketua Jurulatih Skuad ‘Red Giant’ bulan lepas, berkata beliau mahu membolot segala kejuaraan musim hadapan.

Jelasnya, impian menjuarai Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia dalam satu musim bukan satu perkara yang mustahil sekiranya pasukannya memiliki semangat juang dan motivasi yang tinggi.

“Kalau boleh saya mahu semua (kejuaraan). Saya ingatkan pemain dan selalu ingatkan diri saya bahawa saya mahu menang kesemuanya.

Ini semua adalah mentaliti kita. Kalau mentaliti kita cukup kuat dan yakin dengan kebolehan kita ditambah dengan motivasi dan gambaran jelas kepada pemain, tiada apa yang mustahil….kita boleh pergi jauh,” katanya pada sidang media majlis pelancaran jersi baharu Selangor di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau memuji usaha Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang bersungguh-sungguh dalam menyediakan fasiliti latihan terbaik kepada pasukan menjelang saingan Liga Malaysia 2019.

Beliau berkata langkah itu adalah tepat dalam mengembalikan era kegemilangan Selangor sebagai gergasi bola sepak tanah air.

“Untuk memajukan Selangor dan kembalikan aura Selangor kita kena betulkan dari segi kemudahan di mana saya amat gembira kerana pihak pengurusan telah melakukan satu perkara yang positif dari segi kemudahan.

Saya harap ini akan mengubah mentaliti pemain untuk berlatih bersungguh-sungguh dan dengan kemudahan yang telah disediakan, saya tidak lagi boleh berikan alasan dan kita kena capai matlamat diletakkan oleh pengurusan,” katanya. – BERNAMA

Tags: B.Sathianathan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sathianathan Sah Pengendali Baharu Selangor

23/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Bekas ketua jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, B. Sathianathan sah dilantik sebagai pengendali baharu skuad Liga Super...

Selangor Tagih Bisa Sathia Liga Musim Depan

21/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mahu bangkit daripada lena selepas berjaya mendapatkan khidmat jurulatih berpengalaman, B Sathianathan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd