• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Belum Putuskan Mengenai Waytha Moorthy- Dr Mahathir

oleh
20/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad belum memutuskan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri P. Waytha Moorthy perlu meletak jawatan sebagaimana gesaan banyak pihak akibat kegagalan beliau mengendurkan ketegangan kaum berhubung rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya.

Dr Mahathir berkata rakyat bebas untuk menyatakan pandangan mereka mengenai hal tersebut.

“(Tetapi) terpulang pada saya untuk memutuskan, saya belum putuskan lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Siri Kepimpinan Dr Mahathir Mohamad Institiut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini malam ini.

Ditanya sama ada beliau selesa dengan prestasi Waytha Moorthy sebagai menteri, Dr Mahathir berkata, “Saya rasa OK (dengan prestasinya).”

Waytha Moorthy adalah menteri bertanggungjawab bagi Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial.

Awal hari ini, laporan media melaporkan sayap pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menyerahkan memorandum kepada Dr Mahathir, yang juga pengerusinya, mendesak supaya Waytha Moorthy disingkirkan sebagai menteri.

Dalam isu lain, Dr Mahathir memberi jaminan bahawa mereka yang keluar UMNO tidak akan mengambil alih Bersatu.

Katanya bekas ahli UMNO tersebut hanya boleh berada pada jawatan mereka sehingga pemilihan (parti) yang akan datang.

“Tidak boleh, mereka semua boleh memegang jawatan sehingga pemilihan yang akan datang,” katanya.

Terdahulu, ketika menyampaikan ucaptamanya, Dr Mahathir berkata, Kerajaan Pakatan Harapan akan menggandakan usaha mereka dalam menyempurnakan janji-janji yang dibuat terutamanya berkaitan janji pilihan raya.

Katanya, apabila sebuah kerajaan mengalami ketidakpercayaan, ia akan ditolak dan rakyat akhirnya akan melakukan apa sahaja untuk menyingkirkannya.

“Adalah amat penting sekali bagi kerajaan dipercayai rakyat dan memenuhi janji-janjinya.

“Bila adanya kegagalan mendapatkan kepercayaan rakyat, kerajaan yang paling kuat sekalipun akan tumbang. Dan kerajaan sekarang amat menyedari hal ini, memang janji-janji telah dibuat sebelum kita mendapat kuasa,” kata beliau.

Beliau berkata Pakatan Harapan, ketika itu, masih sebagai pembangkang, membuat janji dengan jangkaan mereka akan kalah.

“Janji-janji itu adalah untuk kerajaan yang berkuasa, jadi jika mereka menang mereka akan mendapati janji itu sukar untuk dipenuhi.

“Nasib baik atau tidak bernasib baik kami menang dan kini kami perlu menggandakan usaha kami untuk memenuhinya. Tentu sekali kadang kala janji itu sukar untuk dipenuhi tetapi sama ada sukar atau tidak seseorang itu mestilah menunjukkan ia cuba melakukan yang terbaik untuk memenuhinya.

“Sesebuah kerajaan hanya boleh terus diberi kuasa jika ia boleh dipercayai, kita mesti penuhi apa yang telah kita janjikan,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Mahathir Mohamadwaytha moorthy
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Waytha Isytihar Sokong BN Menjelang PRU15

Waytha Isytihar Sokong BN Menjelang PRU15

27/10/2022
0

Bekas menteri perpaduan, P Waytha Moorthy menyatakan sokongannya kepada BN menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15 bulan depan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd