• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sami Didakwa Dera Anak Sehingga Mati

oleh Ahmad Albab
13/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Seorang sami didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan mendera anak lelaki kandungnya berusia 10 tahun sehingga mati, minggu lepas.

Tertuduh berusia 43 tahun, yang merupakan sami di sebuah kuil di Semenyih, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Lelaki itu didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan kepada mangsa, telah melakukan penderaan ke atas kanak-kanak itu dengan menyebabkan kecederaan fizikal sehingga menyebabkan kematian di sebuah rumah di Seksyen 1, Bandar Rinching, Semenyih, di sini pada 10.35 malam, 5 Dis lepas.

Tuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Noor Hafizan Zakaria mencadangkan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin dan memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan agar tertuduh tidak mendekati dua lagi anaknya.

Peguam pro bono (tanpa bayaran atau sukarela), SR Sree Devi Naidu memohon jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan tertuduh kini hidup dalam keadaan daif selepas kehilangan pekerjaan selain rumahnya juga dalam proses dilelong.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Jan 2019 untuk sebutan semula kes.

Difahamkan tertuduh mempunyai tiga orang anak iaitu mangsa merupakan anak kedua dan dua lagi anak perempuan masing-masing berusia 12 dan 8 tahun yang kini tinggal dengan isteri tertuduh.

Sebelum kejadian, ketiga-tiga anak tertuduh tinggal dengannya selepas isterinya dikatakan keluar dari rumah meninggalkan tertuduh sejak dua bulan lalu.

Media sebelum ini melaporkan mangsa dibawa ke Hospital Serdang oleh keluarganya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Hasil bedah siasat bagaimanapun mendapati punca kematian kanak-kanak malang itu adalah disebabkan kecederaan tumpul yang berganda di seluruh badan. – BERNAMA

Tags: Kes derasami
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd