• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah, Alisson Cetus Kemaraan Liverpool

oleh Cj Mnh
12/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIS – Jaringan Mohamed Salah pada babak pertama serta tindakan menyelamat menarik penjaga gol Liverpool, Alisson pada minit terakhir memastikan mereka mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara, selepas menumbangkan Napoli 1-0, sebentar tadi.

Naib juara musim lalu – Liverpool menyedari mereka wajib menang 1-0 atau lebih dua gol untuk melangkah ke peringkat 16 terbaik dari Kumpulan C, dan gol Salah pada minit ke-34 sudah memadai untuk menyingkirkan Napoli.

Skuad Jurgen Klopp bijak memanfaatkan kelebihan beraksi di Anfield dan selepas beberapa kali terlepas peluang, Salah akhirnya menemui sentuhan jaringan apabila meledak pada sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol, David Ospina.

Salah, meneruskan tekanan pada badak kedua namun, Ospina berjaya menyelamatkan keadaan termasuk percubaan Jordan Henderson dan James Milner.

Pelawat yang dikemudi Carlo Ancelotti berpeluang menyamakan kedudukan apabila pemain gantian, Arkadiusz Milik yang tidak dikawal melakukan percubaan berbahaya, namun Alisson berjaya menyelamatkan keadaan menggunakan kakinya.

Klopp, pengendali dari Jerman menghamburkan pujian kepada pasukannya termasuk Alisson yang dianggap cukup cemerlang.

“Wow…lihatlah perlawanan ini. Saya tidak pasti sama ada pengurus lain lebih berbangga dengan pasukan yang dimilikinya berbanding saya,” kata Klopp kepada BT Sport.

“Mo Salah menjaringkan gol yang sukar dipercayai dan saya sendiri tidak pasti bagaimana Alisson menyelamatkan percubaan seperti itu. Ia memang menakjubkan.

“Semua pemain cukup cemerlang. Cara kami menekan mereka (Napoli) membuatkan mereka terpaksa menukar corak permainan.

“Kami cukup kuat secara fizikal dan mereka seolah-olah hilang punca,” – AFP

Tags: LiverpoolMohamed Salah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RSN Rayer Ucap Terima Kasih Kepada Mohamed Salah “You’ll Never Walk Alone”

RSN Rayer Ucap Terima Kasih Kepada Mohamed Salah “You’ll Never Walk Alone”

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menzahirkan penghargaan terhadap bintang bola sepak dunia, Mohamed Salah susulan perkembangan terkini...

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

Bekas Bintang Liverpool Sertai JDT

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Bekas bintang Barcelona dan ​Liverpool, Luis Garcia sah menyertai pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd