• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saham KL Rendah Dalam Dagangan Awal

oleh
17/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Saham-saham di Bursa Malaysia lebih rendah dalam dagangan awal hari ini berikutan kerugian yang dicatatkan dalam kalangan saham wajaran tinggi terpilih, berikutan tindakan peniaga yang mengambil petunjuk daripada prestasi lemah saham Asia Jumaat lepas.

Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 14.53 mata kepada 1,647.43 daripada 1,661.96 Jumaat lepas.

Indeks dibuka 12.68 mata lebih rendah pada 1,649.28.

Dalam satu kenyataan, Kenanga Research berkata saham di Asia jatuh pada Jumaat, diheret turun oleh data ekonomi yang memperlihatkan keluaran pengeluaran industri dan pertumbuhan jualan runcit China yang mengecewakan.

“Memandangkan ketidakpastian geopolitik yang semakin tinggi, selain prestasi saham global yang lemah sejak kebelakangan ini, kami mengekalkan unjuran pesimis kami bahawa FBM KLCI akan meneruskan dagangannya yang lemah dalam jangka pendek.

“Berdasarkan penunjuk teknikal yang tidak bermaya secara berterusan, indeks tempatan akan mencatatkan trend ke arah 1,650, dengan penurunan ke bawah boleh mencetuskan jualan ke arah 1,615. Sebaliknya, paras rintangan dihadkan pada 1,700 dan 1,750,” katanya.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara meluas, 218 kaunter rugi, manakala 48 kaunter untung manakala 128 kaunter tidak berubah, 1,507 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 105.16 juta unit bernilai RM45.51 juta.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM9.34, Public Bank turun 12 sen kepada RM24.62, Tenaga susut 10 sen kepada RM13.16, manakala Petronas Chemicals menambah lima sen kepada RM9.17.

Antara saham aktif, Bumi Armada merosot satu sen kepada 16.5 sen, VS Industry turun 35 sen kepada 82 sen, manakala Hubline dan Nova MSC tidak berubah pada empat sen dan 10 sen.

Indeks FBM Emas turun 103.91 mata kepada 11,315.20, Indeks FBMT 100 susut 100.21 mata kepada 11,217.32, Indeks FBM Emas Shariah merosot 118.95 mata kepada 11,229.33, Indeks FBM Ace turun 19.94 mata kepada 4,370.17 dan FBM 70 merosot 121.77 mata kepada 13,071.79.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 0.99 mata kepada 165.81, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 117.22 mata kepada 17,240.54 manakala Indeks Perladangan merosot 66.22 mata kepada 6,581.44. – BERNAMA

Tags: Saham
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar US

Next Post

Kanak-Kanak Perempuan 4 Tahun Maut Dalam Kebakaran

Related Posts

TM Jual Saham Menara KL Untuk Tumpu Perkhidmatan Teras

TM Jual Saham Menara KL Untuk Tumpu Perkhidmatan Teras

29/12/2022
0

Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini berkata ia memutuskan untuk tidak lagi memegang konsesi bagi pengurusan Menara KL kerana mahu...

Nilai Syarikat Facebook Lebih RM4.15 Trilion

29/06/2021
0

NEW YORK - Saham Facebook meningkat pada Isnin sekali gus menyebabkan nilai syarikat gergasi media sosial tersebut melonjak kepada lebih...

Next Post

Kanak-Kanak Perempuan 4 Tahun Maut Dalam Kebakaran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd