• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Robot Sumo Tiga Beranak Sampai Ke Jepun

oleh
13/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – “Ini peluang keemasan, jadi saya akan lakukan yang terbaik bagi memastikan kemenangan milik Malaysia,” kata Amer Khawarizmi Zulkarnain, 14.

Remaja ini bersama ibunya, Suzana Adenan, 39, dan bapa, Zulkarnain A Nawani, 38, mewakili Malaysia pada Pertandingan Robot Sumo Terbuka Jepun di Tokyo, Jepun bermula hari ini hingga Isnin depan.

Amer layak ke pertandingan anjuran Fujisoft Inc itu selepas pasukannya iaitu IKEDO KOGEKI dinobatkan sebagai pasukan terbaik negara pada Kejohanan Robot Sumo Dunia dan Terbuka Malaysia di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 7 Oktober lalu.

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, mereka bertanding dalam kategori Robot Sumo Autonomous.

Dia memberitahu ibu dan bapanya akan menjadi pembantu dan pengurus pasukan sepanjang mereka menyertai kejohanan itu.

Menceritakan pembabitannya dalam dunia robotik, Amer berkata, dia bermula dengan menyertai pertandingan mencipta robot kenderaan pacuan empat roda (4X4) di sekolah bersama rakannya.

Pertengahan tahun ini pula, Amer mengambil bahagian dalam pertandingan robot di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah dan memperoleh tempat ketiga menerusi penyertaan sulungnya itu.

“Sebenarnya, ibu dan ayah yang banyak memberi galakan serta dorongan kepada saya. Tanpa mereka pasti sukar untuk saya sampai ke tahap sekarang ini.

“Saya mengambil masa sebulan untuk mencipta robot sumo yang dipertaruhkan pada pertandingan di Tokyo nanti,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini, semalam.

Bercerita lanjut, Amer berkata, antara cabaran utama dalam menyiapkan robot berkenaan adalah memastikan semua komponen dipasang dengan betul agar tidak mudah rosak ketika perlawanan.

Dia memberitahu bapanya yang juga jurutera membantunya mencipta robot, manakala ibunya bertanggungjawab mencari penajaan, selain menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).

“Memandangkan saya tidak mempelajari kemahiran ini secara formal, saya jadikan Youtube sebagai rujukan untuk mendapat idea sebelum membuat pengubahsuaian pada robot mengikut kreativiti sendiri,” katanya.

“Jujurnya, saya berasa gementar, meskipun tidak meletakkan harapan tinggi saya akan lakukan yang terbaik. Saya akan memburu kemenangan atau berada pada kedudukan terbaik untuk mengharumkan nama negara,” katanya.

Sementara itu, Suzana berkata, cabaran terbesar mereka tiga beranak untuk menyertai pertandingan itu adalah mendapatkan penajaan.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks KLIA itu berkata, mereka mengharapkan penajaan untuk membiayai kos pengangkutan dan penginapan sepanjang di Tokyo.

Namun, dia bersyukur kerana urusan mereka dipermudahkan selepas mendapat penajaan penginapan daripada penganjur.

Suzana berkata, mereka turut menerima tajaan RM5,000 daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), manakala RM3,000 lagi disumbangkan SKF Bearings Sdn Bhd, sebuah syarikat berpangkalan di Sweden.

“Sejak kecil lagi Amer didedahkan dengan teknologi seperti permainan kapal terbang kawalan jauh dan dron.

“Cuma, saya dan suami sedar kesungguhan Amer dalam bidang ini selepas dia aktif dalam pertandingan robotik tahun lalu.

“Berikutan itu kami memberikan galakan kepada Amer. Alhamdulillah, pasukan kami berjaya sampai ke tahap ini. Jika menang ia satu bonus tetapi bagi saya, pengalaman itu lebih penting buat Amer, memandangkan dia masih muda,” katanya. – HMetro

Tags: robot
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Robot Catur Patahkan Jari Budak 7 Tahun

Robot Catur Patahkan Jari Budak 7 Tahun

26/07/2022
0

MOSCOW – Sebuah robot pemain catur mematahkan jari lawannya iaitu seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dalam satu kejohanan di Moscow,...

10 Buah Robot Lakukan Kerja Sanitasi Di Makkah

08/06/2021
0

SEBANYAK 10 buah robot kini digunakan bagi kerja-kerja sanitasi di Masjidil Haram, Makkah. Mereka dilengkapi dengan program khas bagi menganalisis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd