• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Rendah Dalam Dagangan Awal

oleh Ahmad Albab
24/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US pagi ini, didorong oleh permintaan lemah terhadap mata wang tempatan menjelang cuti Krismas, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1800/1880 berbanding dolar US daripada 4.1790/1830 semasa ditutup pada Jumaat.

Peniaga berkata sentimen dalam pasaran kurang menggalakkan dengan kemungkinan kerajaan AS ditutup selain hasil bon yang rendah berikutan kebimbangan mengenai pertumbuhan ekonomi yang perlahan, menyebabkan dolar US menghadapi tekanan berbanding mata wang selamat lain.

Beliau berkata yen Jepun meraih manfaat daripada kebimbangan pasaran ini.

Sementara itu, Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata dengan harga minyak rendah dan pasaran masih bimbang mengenai pertumbuhan global, ringgit dijangka tidak mencatat kemajuan yang ketara hingga tahun baru.

Penanda aras minyak mentah Brent susut 0.22 peratus kepada US$53.98 setong.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali yen Jepun, berbanding mata wang tempatan merosot kepada 3.7647/7730 daripada 3.7588/7634 pada Jumaat.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0442/0511 daripada 3.0490/0531, meningkat berbanding euro kepada 4.7564/7668 daripada 4.7758/7808 dan naik berbanding pound kepada 5.2902/3008 daripada 5.2919/2986. – BERNAMA

Tags: dolar USRinggit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

RM Kembali Susut, Trend Kejatuhan Ketara Bermula Jun

18/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Nilai ringgit dilihat kembali menunjukkan trend penyusutan yang lebih ketara berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)...

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

Ringgit Kembali Susut, Cecah RM4.03 Berbanding Dolar AS

05/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Nilai mata wang tempatan, ringgit Malaysia, dilihat kembali melemah apabila didagangkan sekitar RM4.03 berbanding dolar Amerika Syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd