Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Jam Pintar Pertama Untuk...

SEMEMANG agak sukar bagi golongan OKU penglihatan untuk mengetahui waktu berbanding dengan kita...

Wajarkah Sokongan Asing Untuk...

*Kami paparkan artikel THE MALAYSIAN INSIDER di bawah yang kami rasakan, ada benarnya....

8 Maut, 20 Cedera...

BANGKOK: Sekurang-kurangnya lapan penumpang maut dan lebih 20 cedera apabila sebuah bas dua...

SKMM, Polis Diminta Siasat...

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta untuk menyiasat...

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu di tengah-tengah penjualan ekuitinya, kata para peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan diniagakan pada 4.1750/1800 berbanding dolar AS daripada paras 4.1790/1830 pada Isnin.

Seorang peniaga berkata saham di Wall Street mencatatkan paras terendah baharu bagi tahun ini dalam dagangan semalaman apabila kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi terbesar dunia itu terus menjejaskan sentimen pelabur sementara menunggu keputusan penting Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai kadar faedah lewat minggu ini.

“Penjualan itu berlaku selepas satu lagi petunjuk yang ekonomi Amerika, meskipun masih kukuh, menunjukkan petanda pertumbuhan perlahan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata dolar AS terus dipengaruhi oleh data ekonomi AS yang lemah dan jualan di pasaran ekuitinya.

“Kemungkinan kenaikan kadar Fed bagi Disember kekal pada 64 peratus tetapi keraguan mula timbul memandangkan kesan negatif daripada kegawatan pasaran ekuiti ketika ini,” katanya.


Bagaimanapun, ringgit, ditutup lemah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0439/0486 daripada 3.0388/0440 pada Isnin dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7141/7192 daripada 3.6865/6910.

Ringgit jatuh berbanding pound Britain kepada 5.2810/2890 daripada 5.2651/2714 semalam dan berkurangan berbanding euro kepada 4.7491/7564 daripada 4.7340/7393. – BERNAMA

Kategori