Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Pengasuh Mengaku Bersalah Cuai...

JOHOR BAHRU: Pengasuh sebuah taska mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari...

Kerajaan Proaktif Tangani Penurunan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sentiasa mengambil langkah proaktif dalam...

Seludup Puluhan Haiwan Dalam...

JAKARTA - Seorang lelaki warga Arab Saudi ditahan selepas cuba menyeludup keluar puluhan...

Ebit Lew Hantar Sumbangan...

KUALA LUMPUR - Keprihatinan dan sikap pemurah hati pendakwah terkenal, Ebit Lew memang...

Ringgit Dijangka Menyaksikan Pergerakan Kecil Minggu Depan

KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka menyaksikan sedikit pergerakan pada minggu depan dengan peniaga dijangkakan kekal dalam keadaan tenang menjelang cuti Krismas, kata seorang peniaga.

“Kami menjangkakan aktiviti merentas pasaran susut minggu depan memandangkan para pelabur enggan memasuki pasaran menjelang cuti Krismas,” kata Penganalisis FXTM Research Lukman Otunuga.

Beliau berkata ringgit juga akan banyak dipengaruhi prestasi dolar US bagi minggu terakhir tahun ini.

“Ringgit dilihat meningkat jika dolar US terus merosot susulan kebimbangan terhadap pertumbuhan serta prospek kenaikan kadar faedah lebih banyak tahun depan,” katanya.

Beliau berkata para peniaga teknikal akan terus memantau prestasi dolar US ke atas ringgit melepasi tahap 4.1700.

“Penurunan di bawah tahap ini mungkin menggalakkan pengukuhan ringgit ke arah 4.1620 berbanding dolar US dalam tempoh terdekat,” katanya.

Pasaran akan ditutup pada Selasa sempena Krismas.


Untuk minggu yang baru berakhir, ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar US, dengan sentimen pasaran digerakkan oleh harga minyak dan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat mengenai kadar faedah dan kenaikan kadar pada masa depan.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, nota tempatan mengukuh kepada 4.1790 / 1830 daripada 4.1830/1880 berbanding dolar US.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0490/0531 daripada 3.0393/0434 dan lemah berbanding pound British kepada 5.2919/2986 daripada 5.2635/2710.

Berbanding yen Jepun, ringgit turun kepada 3.7588/7634 daripada 3.6842/6895 dan rendah berbanding euro kepada 4.7758/7808 daripada 4.7239/7299. – BERNAMA

Kategori