• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

oleh Ahmad Albab
03/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping bersetuju untuk menghentikan seketika perang perdagangan.

Pada 9.02 pagi, ringgit naik 50 mata asas kepada 4.1770/1810 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1820/1870 pada Jumaat.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA Stephen Innes berkata pertemuan antara Xi-Trump berakhir dengan harapan yang tinggi.S
“Dengan ketegangan yang mereda akan mengurangkan tarikan perlindungan selamat dolar AS. Kita menjangkakan dolar akan lebih lemah berbanding mata wang utama lain, selain dorongan kepada aset lebih berisiko, termasuk mata wang dan saham pasaran sedang pesat membangun di Asia,” katanya kepada Bernama menerusi emel pada hari ini.

Meskipun menyatakan pasaran modal Malaysia perlu disokong oleh sentimen risiko yang bertambah baik, Innes bagaimanapun menjangkakan pasaran bon tempatan akan berdepan dengan peningkatan kebimbangan terhadap penjualan perbendaharaan AS.

“Walaupun pengenduran perang perdagangan baik bagi pasaran komoditi, dengan ketiadaan pengumuman rasmi atau tidak rasmi tentang pengurangan bekalan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum + (OPEC +), ringgit mungkin tidak berubah sehingga Sidang Kemuncak OPEC di Vienna pada 6 Dis, yang kelaknya akan menentukan nasib harga minyak dunia dalam masa terdekat ini,” katanya.

Pada paras pembukaan, ringgit juga diniagakan kukuh berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0491/0525 daripada paras penutup 3.0499/0546 pada Jumaat, naik berbanding yen kepada 3.6769/6814 daripada 3.6843/6903 dan menokok berbanding euro kepada 4.7367/7417 daripada 4.7545/7619.

Ringgit juga meningkat berbanding pound kepada 5.3311/3379 daripada 5.3375/3443. – BERNAMA

Tags: Dolar AS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BNM Nafi Ringgit Jatuh Ke Paras 6.24 Berbanding Dolar

BNM Nafi Ringgit Jatuh Ke Paras 6.24 Berbanding Dolar

06/02/2024
0

Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan ringgit jatuh ke paras 6.24 berbanding dolar AS semalam. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Dalam...

Ringgit Diniaga Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS Pagi Ini

Ringgit Diniaga Lebih Tinggi Berbanding Dolar AS Pagi Ini

14/12/2022
2

Nilai ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, walaupun pasaran masih tidak tahu apa yang boleh diharapkan daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd