Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Ayda Jebat Puas Dapat...

PENYANYI Ayda Jebat berasa puas dan berbangga apabila lagu Mata diangkat sebagai Lagu...

48.7 Peratus Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 48.7 peratus atau 11,400,456 daripada keseluruhan populasi dewasa di...

Agong Titah Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan...

Alyah Selesa Asingkan Kerjaya...

SEJAK berkahwin empat tahun lalu, Datin Alyah dan suaminya, komposer Datuk Ramli MS...

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah sedikit pagi ini susulan permintaan yang kecil ke atas nota tempatan, seiring harga minyak yang rendah, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1770/1810 berbanding dolar daripada 4.1750/1800 pada penutupan Selasa.

Peniaga itu berkata harga minyak terus merosot ekoran kebimbangan mengenai permintaan pada masa depan ketika pertumbuhan ekonomi semakin perlahan.

“Keraguan mengenai impak pengurangan pengeluaran yang diketuai Pertubuhan Negara-negara Pengekspoet Minyak (OPEC), turut menekan harga,” katanya.

Pada 9.25 pagi, penanda aras harga minyak mentah Brent sebanyak US$56.26 setong.


Ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0485/0525 daripada 3.0439/0486 pada Selasa dan rendah berbanding yen Jepun pada 3.7145/7191 daripada 3.7141/7192.

Unit tempatan juga rendah berbanding euro kepada 4.7543/7597 daripada 4.7491/7564 dan rendah berbanding pound British kepada 5.2889/2944 daripada 5.2810/2890. – BERNAMA

Kategori