Sunday, December 8, 2024

Creating liberating content

Cubaan Letup Kompleks Sempadan...

TUMPAT - Niat jahat seorang lelaki yang ingin meletupkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin...

Kelantan Catat Suhu Tertinggi...

KOTA BHARU - Kelantan hari ini mencatat suhu tertinggi 38.9 darjah celsius dalam...

Raja Perlis Titah Nama...

KANGAR - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan nama Perlis tidak...

Penyelia Kilang Maut, Tercampak...

SEORANG penyelia kilang maut disambar petir di tepi pantai berhampiran Dewan Masyarakat Gertak...

Ribut Pasir, Cuaca Teruk Tidak Halang Bina Rumah Mizan

JOHOR BAHRU – Ribut pasir, cuaca panas dan sejuk tidak menjadi penghalang kepada sekumpulan pelajar universiti Malaysia membina Rumah Mizan bagi Pertandingan Solar Decathlon Middle East (SDME) 2018 yang berlangsung di Dubai baru-baru ini.

Ummu Nusaibah Abdullah, pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), antara anggota pasukan berkenaan, mengakui bukan suatu yang mudah untuk menyiapkan Rumah Mizan dalam tempoh masa 10 hari, yang benar-benar mencabar dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

ā€œRibut pasir yang terlalu kuat sehingga ada mencapai 30 kilometer/sejam dengan keadaan cuaca yang terlalu panas pada siang hari dan terlalu sejuk pada malam hari juga terpaksa kami lalui,ā€ katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

Pelajar jurusan Kejuruteraan Awam UTM itu berkata walaupun berdepan masalah kontena lewat tiba selama empat hari, Rumah Mizan tetap siap tersergam indah di Mohammed bin Rashid Solar Park, Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

ā€œTempoh sebenar menyiapkan Rumah Mizan ini ialah selama 14 hari, tetapi disebabkan kelewatan kontena selama empat hari, kami hanya mempunyai selama 10 hari untuk menyiapkan Rumah Mizan itu.

— LAGI

RUMAH MIZAN-CABARAN 2 JOHOR BAHRU

ā€œBahkan, berbekalkan tenaga pelajar, tiada sebarang kemahiran pekerjaan dan juga dengan bimbingan pensyarah-pensyarah serta juruteknik merupakan cabaran manis yang kami lalui,ā€ katanya.

ā€œRasa penat dan tekanan bekerja lebih daripada 180 jam memang dirasai semua, tetapi berkat kesabaran kami semua berjaya menyiapkan Rumah Mizan ini,ā€ tambahnya.

Ummu Nusaibah yang berasal dari Terengganu juga menceritakan pengalamannya menjadi sebahagian daripada pasukan Rumah Mizan, yang terdiri daripada sembilan pelajar UTM dan 33 dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) .

ā€œBanyak perkara yang saya pelajari semasa proses pembinaan dan selepas pembinaannya. Peranan seorang jurutera untuk menyelesaikan masalah yang timbul tanpa diduga semasa pembinaan juga sangat penting.


ā€œPengalaman bekerja dengan ramai orang yang mempunyai personaliti yang berbeza juga membolehkan saya memperbaiki diri sendiri bagaimana untuk berurusan dengan orang lain,ā€ kata.

–LAGI

RUMAH MIZAN-CABARAN 3 (AKHIR) JOHOR BAHRU

Rumah Mizan, rumah solar hasil rekaan rakyat Malaysia sepenuhnya, turut menekankan keseimbangan dan keharmonian rohani dan fizikal serta memanfaatkan teknologi termoden.

Bercerita mengenai Rumah Mizan, beliau berkata ia berkonsepkan ā€œcamel triple eyelidsā€ atau tiga kelopak mata unta yang memberi perlindungan pada matanya semasa ribut pasir, yang diaplikasikan di permukaan rumah untuk tujuan yang sama.

Ummu Nusaibah berkata Rumah Mizan boleh didirikan di Malaysia kerana ia menjimatkan tenaga, mesra alam dan menyediakan persekitaran yang selesa serta moden.

ā€œDi kampus UTM Skudai, telah dibina sebuah rumah yang hampir serupa konsepnya iaitu UTM Eco Home yang menggunakan sepenuhnya sumber tenaga suria sebagaimana Mizan Home,ā€ katanya.

Projek kerjasama dua universiti itu telah berjaya merangkul anugerah Peopleā€™s Choice Award yang mendapat 29 peratus daripada 32,436 yang mengundi. – BERNAMA

Kategori