• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Ditemukan Lemas Ke Dalam Sungai

oleh
11/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang remaja berusia 18 tahun yang terjatuh ke dalam sungai di Kilometer 9.8 Jalan Lama Bentong-Karak di Bentong semalam, ditemukan lemas hari ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Mohd Sani Harul berkata mayat K. Danesh Kumar, 18, ditemukan pada 10.15 pagi, tidak jauh dari lokasi lori yang dinaikinya terbabas ke dalam sungai itu.

“Mayat mangsa ditemui oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) yang memulakan operasi pada 7.20 pagi, melibatkan kawasan pencarian seluas 3.5 km,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Sani menambah mayat mangsa diserahkan kepada pasukan polis untuk dihantar ke Hospital Bentong bagi bedah siasat.

Semalam, Danesh Kumar yang berasal dari Taman Seri Makmur, Karak dikhuatiri lemas selepas lori yang dinaikinya bersama dua rakannya terbabas ke dalam sungai itu semasa melalui selekoh.

Bagaimanapun, rakannya P.Sundar Nathan, 29, yang memandu lori itu dan seorang lagi kelindan yang hanya dikenali sebagai Dineswaran berjaya menyelamatkan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan di kepala, kaki dan tangan. – BERNAMA

Tags: lemas
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

IbuBapa Kanak-kanak Dipercayai Lemas Tunggu Di Lokasi Dengan Lauk Kegemarannya…

30/04/2026
0

Sungguh Menyedihkan.....   Ibu-bapa tunggu di lokasi kejadian anak hilang..sambil membawa makanan kegemarannya dan berterusan memanggil nama anak mereka agar...

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

Hentikan Aktiviti Berisiko Tinggi Libatkan Bakal Guru

09/04/2026
0

TRAGEDI meragut nyawa dua guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) ketika menyertai aktiviti berkayak satu berita duka. Dua insan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd