• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Mungkin Dilantik Semula Bagi Jawatan Naib Presiden PKR

oleh
13/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mohd Rafizi Ramli berkemungkinan dilantik semula sebagai Naib Presiden PKR untuk mengisi jawatan lantikan dalam senarai kepimpinan tertinggi parti itu bagi penggal 2018-2021.

Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, berkata beliau tidak menolak kemungkinan itu berdasarkan pendirian yang dinyatakan oleh Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kesediaannya memberi tempat kepada individu yang memberi sokongan kepada parti.

“Kemungkinan Rafizi tersenarai itu ada, sebab Anwar dah cakap semua yang bersedia memberi sokongan dan bantuan kepada parti untuk kukuhkan jentera parti akan dikumpulkan, akan diserapkan untuk kepimpinan akan datang,

“Senarai penuh jawatankuasa akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pembukaan persimpangan bertingkat Pantai Sentral dekat Lebuhraya Baru Pantai (NPE) yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Mohd Tahir, hari ini.

Pada proses pemilihan PKR baharu-baharu ini, Rafizi tewas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi merebut jawatan Timbalan Presiden.

Menerusi Kongres Nasional PKR awal November lepas, empat Naib Presiden yang dipilih melalui proses pemilihan adalah Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar dan bekas Anggota Parlimen Batu, Tian Chua.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sebanyak 24 jawatan lantikan dalam PKR akan diputuskan selepas Anwar selesai mengadakan sesi libat urus dengan pemimpin peringkat negeri dan cabang.

Berdasarkan perlembagaan parti, presiden diberi kuasa melantik lima anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), dua naib presiden, seorang setiausaha agung, seorang ketua penerangan, seorang bendahari dan 14 pengerusi negeri. – BERNAMA

Tags: Rafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saya Mahu Menang Semua – B.Sathianathan

Next Post

Warga Syria Maut Kereta Terbabas Berhampiran Mid Valley

Related Posts

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

Rafizi Umum Letak Jawatan Berkuat Kuasa 17 Jun

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan daripada Jemaah Menteri kepada Perdana Menteri....

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

24/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Rafizi Ramli yang tewas dalam saingan jawatan nombor dua PKR malam tadi tidak kelihatan di hari...

Next Post

Warga Syria Maut Kereta Terbabas Berhampiran Mid Valley

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd