• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, February 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Akan Kemuka Representasi Kaji Semula Pertuduhan

oleh
28/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bagi mengkaji semula pertuduhan yang dihadapinya berhubung tohmahan terhadap Lembaga Tabung Haji (TH), dua tahun lepas.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Md Yunos Shariff yang bertindak bagi pihak Mohd Rafizi, bekas Naib Presiden PKR, kepada Majistret Umzarul An-Nur Umar pada sebutan lantikan peguam di sini hari ini.

Md Yunos berkata beliau telah dilantik mewakili Mohd Rafizi pada 18 Disember lepas bagi menggantikan peguam terdahulu Gobind Singh Deo.

Katanya anak guamnya telah mengarahkan beliau untuk mengemukakan representasi itu pada 4 Januari ini. Mahkamah menetapkan 28 Januari ini bagi mengetahui status representasi tersebut dan sekiranya ditolak, tarikh sambung bicara untuk pembelaan ditetapkan pada 27 dan 28 Februari depan.

Pada 25 September lepas, Mohd Rafizi diperintahkan untuk membela diri selepas Umzarul An-Nur mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Pada 8 April 2016, Mohd Rafizi, mengaku tidak bersalah menyiarkan artikel bertajuk ‘Analisa Kewangan Tabung Haji 2009-2015’ dalam akaun Facebook Rafizi Ramli bertarikh 9 Feb 2016, yang mengandungi tohmahan terhadap Tabung Haji yang boleh merosakkan nama baik perbadanan itu.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Tingkat 18, Bangunan Tabung Haji, 201, Jalan Tun Razak di sini, pada 9 pagi, 18 Februari 2016 mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohd Rafizi turut diwakili peguam Adi Zulkarnain Zulkafli manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jaizah Jaafar Sidek. – BERNAMA

Tags: Rafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd