• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafidah Aziz Dianugerah Ijazah Kehormat Dalam Pentadbiran Perniagaan

oleh
14/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Fakulti Sains Perubatan Universiti Cyberjaya (CUCMS) hari ini menganugerah Ijazah kehormat Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan kepada Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Anugerah itu bagi mengiktiraf semangat, komitmen dan dedikasi Rafidah yang paling lama berkhidmat sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia.

Pro Canselor CUCMS Tan Sri Dr R. Palan menyampaikan anugerah itu kepada Rafidah dalam majlis konvokesyen khas di universiti itu.

Dalam ucapan penerimaannya, Rafidah, yang juga Pengerusi AirAsia X Berhad, berkata beliau berbesar hati dan berterima kasih atas anugerah itu yang mengiktiraf sumbangannya kepada ekonomi serta pembangunan negara walaupun selepas beliau bersara.

“Ia amat menggembirakan dan menyentuh hati nurani saya. Saya sentiasa inginkan supaya diingati dan dihargai sebagai seorang yang telah membantu negara ini untuk terus maju. Saya bukanlah orang yang boleh melakukan apa saja secara bersendirian dalam kedudukan saya ketika itu. Untuk mencapai kejayaan, saya mempunyai sebuah pasukan yang sangat berdedikasi, sama-sama berfikir dan mempunyai semangat serta komitmen seperti saya untuk melaksanakan tanggungjawab saya,” katanya.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Rafidah turut menggesa pihak berkuasa berkaitan untuk memasukkan mesej yang komprehensif tentang perpaduan nasional, serta integrasi sosial dan budaya dalam sistem pendidikan, yang menurutnya, amat penting untuk mengekalkan sebuah masyarakat yang harmoni dan berfungsi.

“Pendidikan merentas semua lapisan masyarakat. Integrasi adalah bahagian yang hilang daripada sistem pendidikan kita. Sebab itulah hari ini kita lihat hasilnya apabila rakyat tidak menganggapkan diri mereka sebenar-benarnya rakyat Malaysia. Mereka menggunakan bangsa dan agama untuk mengasingkan diri dalam mainan politik serta kepentingan diri.

“Maka, sudah tiba masanya sistem pendidikan kita memasukkan input dan ceramah tentang integrasi serta sosio budaya yang akan memberi daya tahan kepada negara di masa depan. Kita tidak boleh menjadikan pendidikan sebagai ‘politik bola sepak takraw’,” katanya.

Mengenai ekonomi negara, Rafidah, yang terkenal dengan panggilan ‘Iron Lady’, berkata pelabur asing melihat bahawa mereka mempunyai harapan dan peluang di Malaysia di bawah kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan.

“Ini adalah satu petunjuk terdapat perubahan bahawa pelabur tidak perlu berhati-hati dan berwaspada. Itu adalah harapan pelabur sama ada tempatan mahu pun asing. jadi, kerajaan perlu memastikan semua proses membuat keputusan dan prosedur adalah selaras dengan harapan mereka.

“Mesti tiada sebarang kelewatan, kerenah birokrasi dan tuntutan serta kriteria tidak masuk akal kepada pelabur. Misalnya, setiap orang di dunia menyediakan A B C D untuk menarik pelabur, tetapi kami (Malaysia) hanya boleh menyediakan A B C untuk menarik mereka. Justeru, semoga anda berjaya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Rafidah Aziz
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemuda UMNO Alor Setar Turut Mahu Zahid Letak Jawatan

Next Post

Shamsul Anuar Sahkan Enam Lagi Anggota Parlimen Keluar UMNO

Related Posts

Kartunis Zunar Sindir Kerajaan Isu Tulisan Khat

07/08/2019
0

KUALA LUMPUR – Isu tulisan khat yang dijadual diperkenalkan di semua sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (SJK) tahun depan...

Najib Sindir Rafidah Kerja 1/2 Hari Ambil Masa 3 Bulan

07/09/2018
0

LAMANYA... Kerajaan Pakatan Harapan (PH) jelas membuktikan bukanlah hebat cekap sangat apabila pekerjaan yang boleh siap dalam masa setengah hari...

Next Post

Shamsul Anuar Sahkan Enam Lagi Anggota Parlimen Keluar UMNO

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd